- Trip di Satun
- Trip di Phuket
- Trip di Krabi
- Trip di Chiangmai
- Trip di Nakhon Si Thammarat
- Trip di Bangkok dan Ubon Ratchathani
Sabtu, 7 Mac 2026
Lawatan di Thailand
Jumaat, 27 Disember 2024
Kerajaan Thailand
Thailand atau Kerajaan Thailand dari segi sejarah pernah dikenali sebagai Siam, merupakan salah satu negara yang terletak di Asia Tenggara dan di Semenanjung Indochina. Siam menjadi nama rasmi negara ini hingga tahun 1939.
Dengan populasi hampir 66 juta orang, Thailand merentangi keluasan 513,115 kilometer persegi (198,115 batu persegi). Thailand bersempadan dengan Myanmar di barat laut dan Laos di timur laut. Di tenggaranya pula adalah Kemboja manakala di selatan serta di Teluk Siam pula adalah Malaysia. Di barat dayanya pula adalah Laut Andaman. Selain itu, Thailand berkongsi sempadan maritim dengan Vietnam di tenggara dan Indonesia serta India di barat daya. Bangkok merupakan ibu kota Thailand dan kota yang terbesar sekali di Thailand.
Sabtu, 25 Mei 2024
Hubungan Thailand-Malaysia
Selamat Sejahtera
Sebenarnya, hubungan antara penduduk di Malaysia terutamanya dari negeri di sebelah utara dan pantai timur dengan penduduk dari negara Thailand telah lama terjalin. Hubungan ini berlangsung sejak sebelum kewujudan Persekutuan Tanah Melayu disebabkan oleh faktor geografi dan juga politik rantau yang berjiran. Bagi bahagian ini, aku ingin menyentuh mengenai kehidupan warganegara Thailand di negara Malaysia dan menerokai peluang perniagaan atau pertukaran dari segi sosio ekonomi supaya khalayak yang hanya berbahasa Melayu memperolehi maklumat untuk memperluas pemandangan peribadi terhadap dunia di sekeliling.
Segala pertambahan yang berkaitan akan aku masukkan di sini sahaja. Terima kasih aku ucapkan di atas kesudian tuan dan puan singgah ke mari.
Isnin, 30 April 2018
Maklumat Kebajikan Masyarakat di Thailand
Jabatan Kerajaan
- Kementerian Kemajuan Sosial dan Keselamatan Manusia (online). Di bawah kementerian ini, terdapat Jabatan Pembangunan Sosial dan Kebajikan yang memberikan khidmat kebajikan dan menjalankan kerja sosial bagi membantu golongan rentan, orang miskin, mangsa keadaan sosial dan yang berkaitan dengannya. Skop kerja jabatan ini adalah seperti memberikan perlindungan di pusat perlindungan, menghubungkan mangsa-mangsa ke agensi-agensi berkaitan, mempromosikan kerja kebajikan dalam kalangan masyarakat dan agensi-agensi tempatan demi membantu kelompok yang terlibat dalam masalah sosial.
- Maklumat Kebajikan Sosial Kerajaan Thailand, dipetik dari laman sesawang Jabatan Kebajikan Sosial, Pentadbiran Autonomi Hong Kong (online).
- Institusi Pembangunan Islam di Thailand. Direktori Institusi Pembangunan Islam di Thailand. Direktori ini menyediakan senarai-senarai pusat Islam dan pusat pengumpulan dana zakat atau sedekah bagi disalurkan kepada masyarakat Islam di Thailand (online).
- Yayasan Tzu Chi, Thailand iaitu sebuah pertubuhan berasaskan kepada bantuan kebajikan sosial dan ajaran Buddha Mahayana dari Taiwan. Yayasan ini juga terdapat di negara jiran seperti Malaysia. Mereka membantu tanpa mengira agama anutan masyarakat.
- The Asia Foundation. NGO ini menumpukan kerja sosial mereka dalam jalan keamanan di selatan Thailand, polis dan keadilan serta pembangunan masyarakat terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.
- The Human Development Foundation. Dikenali juga sebagai Mercy Center merupakan sebuah badan yang ditubuhkan oleh Fr. Joe Maier, paderi Katolik Roma dan Sr. Maria Chantavaradom di Bangkok untuk membantu golongan miskin, membantu membina dan menjalankan sekolah, meningkatkan mutu kesihatan keluarga dan kebajikan, melindungi hak kanak-kanak jalanan, membantu mencari penyelesaian bagi masalah AIDS, memberi maklumbalas kepada kes-kes kecemasan harian, membantu memberikan tempat berteduh kepada anak yatim, kanak-kanak jalanan dan kanak-kanak atau orang dewasa yang dijangkiti AIDS. Pertubuhan ini memberikan bantuan kemanusian tanpa mengira agama.
Isnin, 26 Disember 2016
Bahasa Siam di Kedah
Kosa Kata Baling
Sumber dan pengalaman: akses di sini.
Dokumentasi audio-visual: Video Cakap Bahasa Siam di Tualang, Kedah
Kosa kata yang ada itu sebenarnya terhad sahaja. Ada banyak lagi dalam senarai dan mungkin aku akan tambahkan secara umum sahaja apabila aku lapang atau teringat. Pada masa kini, aku sebenarnya terpaksa belajar semula bahasa Thai loghat Bangkok supaya aku boleh masuk semula ke Thailand. Menyampah tinggal di sebelah Malaya yang serba 'canggih' dan 'maju' ini.
Aku berharap agar projek kecil ini sedikit sebanyak memberi maklumat kepada pelajar-pelajar bahasa Thai di Malaysia yang ingin menambahkan perbendaharaan kata atau mendalami loghat bahasa Thai Selatan. Sila klik pautan di atas untuk mengakses kosa kata.
Terima kasih.

