Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ekonomi. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Disember 2024

Kerajaan Thailand

Thailand atau Kerajaan Thailand dari segi sejarah pernah dikenali sebagai Siam, merupakan salah satu negara yang terletak di Asia Tenggara dan di Semenanjung Indochina. Siam menjadi nama rasmi negara ini hingga tahun 1939.

Oleh kerana isu istilah Siam ini menimbulkan kekeliruan di negara yang mempunyai bangsa Siam seperti di Malaysia maka aku pun menempelkan perjalanan sejarah yang ringkas mengenai bagaimana Siam berubah menjadi Thailand. 

Dengan populasi hampir 66 juta orang, Thailand merentangi keluasan 513,115 kilometer persegi (198,115 batu persegi). Thailand bersempadan dengan Myanmar di barat laut dan Laos di timur laut. Di tenggaranya pula adalah Kemboja manakala di selatan serta di Teluk Siam pula adalah Malaysia. Di barat dayanya pula adalah Laut Andaman. Selain itu, Thailand berkongsi sempadan maritim dengan Vietnam di tenggara dan Indonesia serta India di barat daya. Bangkok merupakan ibu kota Thailand dan kota yang terbesar sekali di Thailand.

Sabtu, 25 Mei 2024

Hubungan Thailand-Malaysia

Selamat Sejahtera

Sebenarnya, hubungan antara penduduk di Malaysia terutamanya dari negeri di sebelah utara dan pantai timur dengan penduduk dari negara Thailand telah lama terjalin. Hubungan ini berlangsung sejak sebelum kewujudan Persekutuan Tanah Melayu disebabkan oleh faktor geografi dan juga politik rantau yang berjiran. Bagi bahagian ini, aku ingin menyentuh mengenai kehidupan warganegara Thailand di negara Malaysia dan menerokai peluang perniagaan atau pertukaran dari segi sosio ekonomi supaya khalayak yang hanya berbahasa Melayu memperolehi maklumat untuk memperluas pemandangan peribadi terhadap dunia di sekeliling.

Segala pertambahan yang berkaitan akan aku masukkan di sini sahaja. Terima kasih aku ucapkan di atas kesudian tuan dan puan singgah ke mari.