Memaparkan catatan dengan label bahasa melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa melayu. Papar semua catatan

Ahad, 13 April 2025

Ayothaya Wujud, Bukan Sekadar Lagenda

 

Sarjana mendedahkan bahawa prasasti di Wat Inthararam Worawiharn di daerah Thonburi, Bangkok menggambarkan bahawa negara kota Ayothaya telah wujud sebelum kewujudan kerajaan Sri Ayutthaya dan ia bukan hanya sekadar kota lagenda atau pun khayalan.

Dalam kes di Wat Inthararam Worawiharn di mukim Bang Yi Ruea, daerah Thonburi, satu prasasti ditemui di bawah sebuah patung Buddha bergaya Sukhothai yang disemayamkan di astaka Cina yang terletak di balai pentahbisan. Kata kunci "Sri Ayutthaya" muncul bersama dengan nama individu dalam babad. Selain itu, ia mencatitkan tarikh pada tahun 1974 dalam takwim Buddha, bersamaan tahun 1431 M, semasa pemerintahan Chao Sam Phraya di kota Sri Ayutthaya. Bacaan tidak rasmi prasasti ini diterbitkan pada 10 April 2025 oleh Prof. Madya Dr. Rungroj Phiromanukul dan Prof. Madya Thanachot Kiatnapat yang kedua-duanya adalah pensyarah di Fakulti Kemanusiaan, Universiti Ramkhamhaeng.

Seperti kebiasaannya, pada 13 April 2025, Prof. Madya Dr. Rungroj Phiromanukul yang memantau rekod dan bacaan rekod sejarah tersebut berkata bahawa penemuan prasasti ini mengesahkan rekod-rekod lain mengenai kewujudan "Ayothaya" sebelum kewujudan kerajaan Sri Ayutthaya.     

Menurut beliau lagi, walaupun nama Ayothaya dalam prasasti itu sebenarnya merujuk kepada Sri Ayutthaya, namun ia turut menggambarkan bahawa nama kerajaan Sri Ayutthaya selepas itu timbul bersempena kenangan kepada negara kota Ayothaya yang wujud sebelum tahun 1893 BE (1350 M). Oleh kerana prasasti ini bukan prasasti yang dikeluarkan oleh istana di negara kota tengah, tetapi berasal dari kelompok bangsawan Sri Satchanalai di negara kota Sukhothai pada zaman Sri Ayutthaya awal, maka boleh jadi nama Sri Ayutthaya yang menjadi nama kerajaan itu adalah nama lama bagi kerajaan yang sebelumnya tetapi disebut sebagai Ayothaya.

Rujukan boleh didapati dalam bahasa Thai di portal akhbar dalam talian Khao Sod, berjudul, "นักวิชาการ เผย จารึกวัดดัง สะท้อนว่า อโยธยา มีมาก่อนอยุธยาจริง ไม่ใช่แค่เมืองในตำนาน" atau terjemahannya ke bahasa Melayu, "Sarjana dedahkan bahawa prasasti wat terkenal menggambarkan Ayothaya telah wujud dahulu, bukan sekadar negara kota dalam lagenda" bertarikh 13 Mei 2025. 

Ahad, 26 Januari 2025

Kisah Menakjubkan Tradisi Keturunan Portugis di Siam

 


Pada abad ke-16 masihi, berdozen-dozen askar upahan Portugis telah tiba di Siam, menjadikan mereka sebagai peneroka Eropah pertama yang sampai di situ. Mereka menjadi nenek moyang kepada sebahagian daripada penduduk Thailand. Keturunan Portugis kini tinggal di satu kawasan kecil di Bangkok yang digelar sebagai Kudee Chin. Mereka mengamalkan tradisi mereka sejak abad ke-16 masihi di lingkungan tanah yang dikurniakan kepada nenek moyang mereka semasa pembentukan kota sebagai tanda penghargaan daripada raja Siam atas keberanian mereka dalam peperangan.

Adam Gottschalk membawa penonton menelusuri sejarah di kejiranan tersebut dan bertemu dengan keturunan askar upahan Portugis tersebut. Di samping itu, mereka mencuba hidangan makanan yang unik dan hanya ditemui di beberapa lorong kecil di kejiranan tersebut sahaja.

Dokumentari ini boleh diakses dan ditonton di "The Incredible Story of Thailand's Portuguese" terbitan OTR Food and History pada 11 Oktober 2022. Akhir sekali, maklumat lanjut berkenaan Portugal dan Portugis di Asia dalam bahasa Melayu boleh juga diperolehi dari laman, "O Mundo Lusitano" dari kumpulan nota Happy Buffalo.

Sabtu, 25 Mei 2024

Hubungan Thailand-Malaysia

Selamat Sejahtera

Sebenarnya, hubungan antara penduduk di Malaysia terutamanya dari negeri di sebelah utara dan pantai timur dengan penduduk dari negara Thailand telah lama terjalin. Hubungan ini berlangsung sejak sebelum kewujudan Persekutuan Tanah Melayu disebabkan oleh faktor geografi dan juga politik rantau yang berjiran. Bagi bahagian ini, aku ingin menyentuh mengenai kehidupan warganegara Thailand di negara Malaysia dan menerokai peluang perniagaan atau pertukaran dari segi sosio ekonomi supaya khalayak yang hanya berbahasa Melayu memperolehi maklumat untuk memperluas pemandangan peribadi terhadap dunia di sekeliling.

Segala pertambahan yang berkaitan akan aku masukkan di sini sahaja. Terima kasih aku ucapkan di atas kesudian tuan dan puan singgah ke mari. 

Ahad, 17 September 2017

Bahasa Siam Rendah

Bahasa Siam rendah merujuk kepada bahasa Siam yang digunakan di sekolah tadika dan sekolah rendah. Kita perlu mengetahui cara budak kecil bercakap dulu sebelum bercakap seperti orang bijaksana.

Selain itu, bahasa Siam rendah boleh juga merujuk kepada bahasa Siam yang digunakan oleh orang peranakan yang banyak menghuni rantau selatan Thailand. 
Pelajaran 2

Seterusnya jika ingin menambah lagi pengetahuan, mohon klik pada bahasa Siam untuk orang tua di sini. Rujuk juga perkara-perkara berikut:
Pengumpul: Yim
Tarikh: 17 September 2017 
Jam: 2304

Khamis, 23 Februari 2017

Bahasa Siam Asas 1


Buku di atas telah aku beli pada tahun 2000 ke atas. Aku tak ingat tahun bila secara khusus tetapi pada zaman itu teknologi bukan seperti sekarang. Kami tiada telefon pintar atau android, iPhone mahu pun tablet. Bahan bantuan pelajaran ketika itu majoritinya terdiri daripada buku, cakera padat atau kaset saja. Kalau dilihat kepada kelusuhan buku ini pun nampak bahawa ia telah lama. 
Harap maaf kerana tiada transliterasi disediakan. Tujuan pos ini dibuat hanya sebagai rekod rujukan peribadi aku sahaja.   

Isnin, 23 Januari 2017

Kosa Kata Bahasa Siam Selatan

Bahasa Siam Selatan ini sebenarnya sudah bercampur dengan bahasa Melayu dan bahasa asing lain sebab kawasan selatan Siam sangat terdedah kepada pengaruh luar. Aku akan memberikan maksud dalam bahasa Siam standard dan juga bahasa Melayu. Namun, maaf tiada transliterasi.

Bahagian 2

Rujuk juga: Bahasa Siam di Kedah

Ahad, 15 Januari 2017

Perbendaharaan Kata Pejabat

Aku rasa aku perlu berurusan dengan orang dari seberang sempadan jadi lebih baik aku kumpulkan dahulu perbendaharaan kata pejabat dan bahasa tinggi. Bahasa Siam aku cuma di tahap budak tadika dan budak sekolah rendah sahaja. 
Sila kumpulkan perbendaharaan kata bahasa Siam di sini untuk kegunaan surat-menyurat dan dokumen rasmi kerajaan.

Sekian, terima kasih. 

Dikumpulkan: V.A
Kemaskini Terbaru: 12 Julai 2022

Isnin, 2 Januari 2017

Perbendaharaan Kata Bahasa Melayu-Bahasa Siam

Perbendaharaan kata ini tidak disertakan dengan tulisan rumi kerana aku malas. Silalah belajar membaca tulisan bahasa Siam supaya dapat membaca bahasa Siam.

A B C D E F 

G H I J K L M 

N O P Q R S T 

U V W X Y Z

Bahasa Siam di sini digunakan di selatan Thailand tapi dalam bentuk yang standard.


Ahad, 1 Januari 2017

Nota Slanga di Thailand

Ringkasnya nota-nota perbendaharaan kata slanga ini boleh diakses di sini sahaja. Mungkin aku akan menempelkan terus maksud dalam bahasa Thailand jadi mohon maaf sahaja kalau hangpa tidak dapat membacanya. 

Nota 1
Nota 2
Nota 3
Nota 4

Sumber: Forum Pantip (Thailand) dan bersembang dengan orang ramai

Khamis, 29 Disember 2016

Pautan Laman Sesawang Belajar Bahasa Siam

Sebenarnya, kelompok penutur bahasa Siam dalam kalangan penganut agama Islam di Malaysia semakin berkurangan. Sekarang ini aku rasa penutur bahasa Siam di Kedah yang mampu berbahasa Siam loghat selatan pun cuma dalam kalangan mereka yang berusia 50an ke atas. Ada juga selebriti di Malaysia yang berasal dari negeri Kedah dan boleh berbahasa Siam seperti Bront Palarae. Mak dia orang Thailand berketurunan Punjabi dari wilayah Songkhla. Beliau pun boleh dikira sebagai veteran juga kerana hampir masuk ke usia 40an.

Pandangan aku, boleh diakses di sini.

Berikut adalah daerah-daerah di negeri Kedah yang mempunyai kampung-kampung berbahasa Siam dan didiami oleh penduduk Muslim:
  • mukim Wang Tepus atau Bagan, daerah Kubang Pasu
  • mukim Pokok Sena, daerah Kota Setar
  • daerah Baling
  • daerah Pendang
  • daerah Sik
Bahasa Siam di sebelah Baling dan Sik mungkin dipengaruhi oleh bahasa Siam loghat Narathiwat dan Takbai. Sementara di sebelah Perlis, bahasa Siam mereka yang tinggal berdekatan dengan Padang Besar dan sempadan selalunya kurang berbeza dengan mereka yang di Thailand. 

Silakan klik pada pautan-pautan berikut untuk rujukan supaya bermanfaat:
Terdapat beberapa tempat yang tidak melibatkan premis keagamaan atau biara bagi mereka yang bukan penganut ajaran Buddha jika berminat untuk belajar bahasa Siam atau bahasa Thai.* Contohnya, boleh merujuk kepada:
  • Pusat Pengajian Bahasa di Universiti Institut Teknologi Mara (UITM), Shah Alam
  • Pusat Bahasa Universiti Sains Malaysia (USM);
  • Fakulti Pengajian Bahasa Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.  
Pautan dengan wahana berbahasa Melayu adalah seperti berikut:
Jika belajar sendiri maka, gunalah pautan yang diberikan itu. Tetapi harus berdisiplin dan konsisten. Selamat belajar sendiri, terima kasih.