Trip di Bangkok dan Ubon Ratchathani

Sebenarnya aku berbelah bagi untuk melawat Thailand. Maklumlah selepas pandemik COVID-19, aku sebenarnya begitu sibuk cuba menyelamatkan diri daripada politik di tempat kerja. Aku mendapat idea untuk ke Bangkok melancong ini pun atas beberapa faktor yang antaranya termasuklah disebabkan oleh galakan saudara jauh aku, Tom yang baru mendapat kerja di Pathum Thani berdekatan Bangkok dan juga keinginan untuk melawat wilayah di Timur Laut Thailand.

Jadi, aku telah memohon cuti dengan susah payahnya daripada ketua jabatan aku, si ustazah hawau yang keciwi sangat dengan pangkatnya sebagai head of division dalam pejabat aku itu. Jadi, aku bercuti dari 13 Disember 2025 hingga 20 Disember 2025. Aku membeli tiket penerbangan Air Asia Thailand kerana menurut Tom, perkhidmatan Air Asia Malaysia sangatlah teruk dan menyedihkan. Jadi, aku nukilkan perjalanan aku seperti berikut sahaja untuk rekod persendirian aku.

  • 13 Disember 2025 - Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bangkok
  • 14 Disember 2025 - Melawat Ayutthaya
  • 15 Disember 2025 - Menaiki Kereta Api dari Bangkok ke Ubon Ratchathani
  • 16 Disember 2025 - Kali Pertama sampai di Ubon Ratchathani
  • 17 Disember 2025 - Bersiar-siar di Bandar Ubon Ratchathani
  • 18 Disember 2025 - Menaiki Kereta Api dari Ubon Ratchathani ke Bangkok
  • 19 Disember 2025 - Menghabiskan Masa bersama Saudara di Bangkok
  • 20 Disember 2025 - Penerbangan dari Bangkok ke Kuala Lumpur   

Sekian, terima kasih.