Thailand dan Malaysia, kedua-duanya adalah anggota Pertubuhan Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang aktif. Kedua-dua negara ini menjalani hubungan diplomatik yang erat dan berkongsi hubungan dua hala dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, keselamatan, pendidikan dan latihan vokasional, belia dan sukan, pelancongan, serta pembangunan sosio-ekonomi di kawasan yang bersempadan.
Kedua-dua negara ini seperti juga negara lain dalam rantau ASEAN. Walau pun mereka berkongsi sempadan darat, namun dari segi kebudayaan pula mereka sangatlah berbeza. Thailand pada umumnya adalah negara yang didominasi oleh penganut agama Buddha dengan minoriti Muslim yang kebanyakannya bertumpu di wilayah selatan yang bersempadan dengan Malaysia. Sedangkan Malaysia pula adalah negara majoriti Muslim yang bersifat berbilang budaya dengan minoriti bukan Muslim. Sebelum melihat dengan lebih lanjut lagi mengenai isu serta peluang dalam hubungan perdagangan serta ekonomi kedua-dua negara ini, marilah kita menerokai sudut hubungan sejarah, politik dan kebudayaan antara kedua-dua negara sepanjang hubungan diplomatik kedua-duanya berlangsung.
Untuk maklumat lanjut dalam bahasa Inggeris, sila berkunjung ke laman ASEAN Briefing susunan Sarika Dubey dari Dezan Shira & Tetuan. Laman ini sangat bermanfaat untuk mendapatkan maklumat ringkas dan padat berkenaan negara anggota ASEAN.