Kumpulkan dahulu maklumat untuk dibersihkan semula dan dimasukkan dengan rujukan bagi kepentingan masyarakat yang memerlukan di sebelah sempadan Thailand di wilayah selatan.
Jabatan Kerajaan
Jabatan Kerajaan
- Kementerian Kemajuan Sosial dan Keselamatan Manusia (online). Di bawah kementerian ini, terdapat Jabatan Pembangunan Sosial dan Kebajikan yang memberikan khidmat kebajikan dan menjalankan kerja sosial bagi membantu golongan rentan, orang miskin, mangsa keadaan sosial dan yang berkaitan dengannya. Skop kerja jabatan ini adalah seperti memberikan perlindungan di pusat perlindungan, menghubungkan mangsa-mangsa ke agensi-agensi berkaitan, mempromosikan kerja kebajikan dalam kalangan masyarakat dan agensi-agensi tempatan demi membantu kelompok yang terlibat dalam masalah sosial.
- Maklumat Kebajikan Sosial Kerajaan Thailand, dipetik dari laman sesawang Jabatan Kebajikan Sosial, Pentadbiran Autonomi Hong Kong (online).
Badan Bukan Kerajaan
- Institusi Pembangunan Islam di Thailand. Direktori Institusi Pembangunan Islam di Thailand. Direktori ini menyediakan senarai-senarai pusat Islam dan pusat pengumpulan dana zakat atau sedekah bagi disalurkan kepada masyarakat Islam di Thailand (online).
- Yayasan Tzu Chi, Thailand iaitu sebuah pertubuhan berasaskan kepada bantuan kebajikan sosial dan ajaran Buddha Mahayana dari Taiwan. Yayasan ini juga terdapat di negara jiran seperti Malaysia. Mereka membantu tanpa mengira agama anutan masyarakat.
- The Asia Foundation. NGO ini menumpukan kerja sosial mereka dalam jalan keamanan di selatan Thailand, polis dan keadilan serta pembangunan masyarakat terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak.
- The Human Development Foundation. Dikenali juga sebagai Mercy Center merupakan sebuah badan yang ditubuhkan oleh Fr. Joe Maier, paderi Katolik Roma dan Sr. Maria Chantavaradom di Bangkok untuk membantu golongan miskin, membantu membina dan menjalankan sekolah, meningkatkan mutu kesihatan keluarga dan kebajikan, melindungi hak kanak-kanak jalanan, membantu mencari penyelesaian bagi masalah AIDS, memberi maklumbalas kepada kes-kes kecemasan harian, membantu memberikan tempat berteduh kepada anak yatim, kanak-kanak jalanan dan kanak-kanak atau orang dewasa yang dijangkiti AIDS. Pertubuhan ini memberikan bantuan kemanusian tanpa mengira agama.