Pengenalan Hubungan antara Thailand dan Malaysia

Hubungan Thailand dan Malaysia ini merujuk kepada hubungan luar dua hala antara kedua-dua negara berjiran iaitu Thailand dan Malaysia. Thailand mempunyai Kedutaan Besar di Kuala Lumpur dengan Pejabat Konsulat Besarnya di Georgetown, Pulau Pinang dan di Kota Bharu, Kelantan. Manakala Malaysia pula mempunyai Kedutaan di Bangkok serta Konsulat Besar di Songkhla. Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 pernah menjalankan lawatan kerja sebanyak empat (4) kali ke Thailand sepanjang penggal kedua pentadbirannya dari tahun 2018 hingga tahun 2020. 

Malaysia dan Thailand selalunya bekerjasama dalam bidang seperti perdagangan dan pelaburan, keselamatan dan pertahanan, pendidikan dan latihan vokasional, belia dan sukan, pelancongan, hubungan dan kemajuan sosio ekonomi di rantau bersempadan.

Oleh kerana pemisah etnik Melayu Patani di tiga wilayah Selatan Thailand, maka terdapat dakwaan tanpa bukti oleh beberapa orang ahli politik Thailand bahawa sesetengah pihak di Malaysia telah mengambil kesempatan dari perjuangan pemisah tersebut yang mana ia telah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh kerajaan Malaysia kerana Malaysia juga terlibat dalam membantu rundingan damai antara kerajaan Thailand dengan puak pemisah.