Trip ke Chiang Mai


Aku merancang bercuti ke Chiang Mai. Kali ini aku tidak akan berharap banyak sangat. Aku cuma mahu menikmati masa lapang aku dengan benda-benda yang berfaedah. Oleh itu, aku cuba membuat persiapan yang lebih rapi berbanding dengan lawatan aku ke Thailand yang sebelum-sebelum ini. Persediaan aku sebelum bertolak ke Chiang Mai bolehlah diakses di sini sahaja.
Rujukan mengenai bandar Chiang Mai boleh diakses dengan klik pada namanya, manakala rujukan mengenai daerah Wieng Phrao pula boleh diakses dengan cara yang serupa iaitu klik pada nama daerah yang tertera. Gambar hiasan di atas diambil oleh aku sendiri melalui kamera telefon pintar ASUS aku. Sekian, terima kasih.