- Trip di Satun
- Trip di Phuket
- Trip di Krabi
- Trip di Chiangmai
- Trip di Nakhon Si Thammarat
- Trip di Bangkok dan Ubon Ratchathani
Sabtu, 7 Mac 2026
Lawatan di Thailand
Ahad, 26 Januari 2025
Kisah Menakjubkan Tradisi Keturunan Portugis di Siam
Sabtu, 11 Januari 2025
Warisan Negara Hilang ke Mana?
Menurut rancangan SPOTLIGHT segmen World berjudul มรดกชาติหายไปไหน? เปิดเส้นทางลำเลียงสู่การฟอกขาวในตลาดโลก (Warisan Negara Hilang ke Mana? Pendedahan Bagaimana Bahan Purba dipindahkan ke Pasaran Dunia) pada 6 Januari 2025, banyak bahan purba dari negara Thailand ditemui berada di luar negara walaupun wujud undang-undang yang melarang warisan negara dibawa keluar sempadan negara. Melalui rancangan ini, kita akan melihat bagaimana proses penyeludupan bahan purba ke luar negara berlaku hingga kepada pemutihannya di pasaran dunia.
- Pengenalan
- Bahan Purba sebagai Produk Bernilai
- Istilah Bahan Purba
- Pemulangan Semula Bahan Purba
- Arca Raja Jayavarman VI
Secara umumnya aku berpandangan bahawa usaha mempromosi sejarah serta jalinannya dalam industri pelancongan di Thailand adalah satu wawasan yang bijak. Tidak kisahlah bagaimana pun sejarah lampau kita, namun kita boleh mempelajari sesuatu dan mendapat pelajaran daripadanya. Harap masukan ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada peminat sejarah di Malaysia.
Isnin, 2 Januari 2017
Ekotourisme
Sejak tiga tahun lepas, aku sebenarnya mengikuti juga media-media sosial seperti instagram. Asalnya aku cuma menyertai media sosial instagram itu sebagai alternatif untuk menyalurkan kesialan yang berlaku dalam hidup aku ini berbanding dengan meroyan di muka buku. Selain daripada itu, instagram juga menjadi halaman untuk aku hidup dalam penafian dan membalas dendam kepada kenalan-kenalan yang suka show off.
Tapi, kemudian aku telah berkenalan dengan beberapa orang dari negara Thailand dari laman instagram. Aku mula melihat mereka menjalani aktiviti pengembaraan dan aktiviti yang melibatkan pelancongan berasaskan ekosistem dalam negara mereka sendiri. Walaupun kemungkinan untuk gambar menipu bahawa tempat itu menyeronokkan adalah besar, namun hal itu bukanlah perkara yang penting.
Aku cuma teringat bahawa negeri aku sendiri pun kaya dengan sumber biodiversiti. Aku risau bahawa jika sumber-sumber itu tidak digunakan dengan betul maka negeri aku sendirilah yang akan rugi. Lagi pula, aku sebenarnya sudah mendapat idea seperti ini semasa aku tersangkut di Penang seorang diri ketika menyambung pengajian di peringkat master dari tahun 2010-2013. Ketika itu, aku mula berjalan seorang diri di sekeliling dan menggunakan sedikit peruntukan yang aku ada dalam simpanan untuk menenangkan minda yang berserabut.
Lebih baik manfaatkan sumber-sumber alam dan memelihara artifak sejarah di negeri sendiri untuk membangunkan sosio-ekonomi berbanding dengan kita lari ke negeri lain dan terus menetap di luar. Orang luar sendiri menghargai negeri kita, sebaliknya kita sebagai anak negeri pula terhegeh-hegeh merempat. Tidak sepatutnya bukan? Selain itu, daripada berdengki khianat, apa kata kita tolong menolong mempromosi perkhidmatan dan perniagaan yang dibuka oleh rakan-rakan dan saudara-saudari senegeri kita.
- The International Ecotourism Society (TIES)
- Ecotourism Australia (Eco Australia)
- Eco-Trips and Travel, the Nature Conservancy


