Memaparkan catatan dengan label kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedah. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mac 2026

Lawatan di Thailand


Salam sejahtera rakan-rakan, apa khabar? Dunia baru-baru ini dikejutkan dengan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran. Dari tahun 2020 hingga tahun 2021 pula, dunia dilanda oleh wabak pandemik COVID-19 yang mana setahun masa penduduk dunia dihabiskan berada dalam rumah saja. Dalam tempoh tujuh tahun ini pun aku sendiri begitu sibuk sehinggakan tak sempat menyimpan catitan berkenaan lawatan-lawatan aku di pelbagai tempat sama ada di Thailand atau pun di Malaysia. Kesibukan aku itu pun disebabkan oleh pekerjaan dan pejabat aku yang kucar kacir pentadbirannya akibat politik yang melampau.

Jadi, aku ingin mengambil kesempatan untuk menyimpan catitan perjalanan aku supaya aku dapat mengenang kembali kenangan manis, susah dan senang semasa aku melancong.
Gambar hiasan di atas bersumberkan dari aku sendiri. Aku ambil gambar ini semasa lawatan aku yang pertama kali di Selatan Thailand pada tahun 2017 selepas lima tahun aku ke Bangkok kononnya untuk mencari pekerjaan kerana aku kecil hati dengan nasib aku di Malaysia. Sekian, terima kasih.  

Sabtu, 25 Mei 2024

Bahasa Siam

Bahasa Thai atau loghat bahasa Thai tengah dikenali juga sebagai bahasa Siam pada suatu ketika dahulu adalah bahasa dalam rumpun Tai Barat Daya dari kelompok bahasa Kra-Dai. Bahasa ini dituturkan oleh penduduk di benua Siam termasuklah oleh etnik Mon di rantau Bangkok moden dan majoriti orang Cina yang tinggal di penempatan mereka di seluruh benua Siam. Kini, bahasa Siam menjadi satu-satunya bahasa kebangsaan di negara Thailand.

Berikut pula adalah rekod bahasa Thai untuk rujukan peribadi aku. Pelajaran dikutip dan direkodkan dari pelbagai sumber.
Rekod ini dikumpulkan semula oleh Happy Buffalo pada 25 Mei 2024 pada hari Sabtu pada jam 11.03 pm. Gambar hiasan di atas telah dipetik dari laman, Flagmakers di bawah judul Flag History: Thailand. Kredit untuk gambar hiasan ini haruslah diberikan kepada laman web yang disebutkan. 

Jumaat, 16 Februari 2018

Dokumentari Lawatan Diraja Tidak Rasmi

 
Rancangan ini diterbitkan oleh televisyen PBS Thailand mengenai sempadan Tanah Melayu dan juga Siam. Hal ini melibatkan negeri-negeri di Utara Semenanjung Tanah Melayu seperti Kedah, Perlis. Manakala di sebelah Selatan Thailand pula wilayah Satun, Phuket dan Trang. Yang aku tempelkan di sini hanyalah negeri sebelah Pantai Barat sahaja. Negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu ada juga dalam segmen khas rancangan ini.

 
Kedah


Channel Youtube: klik di sini

Phuket, Krabi, Trang dan Satun



Channel Youtube: klik di sini

Maaf tiada sarikata dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.

Rujukan:

Isnin, 2 Januari 2017

Ekotourisme

Ekotourisme ini ditakrifkan sebagai, "pelancongan ke kawasan-kawasan alam semulajadi yang bertanggungjawab, memelihara alam sekitar, melestarikan kebajikan penduduk tempatan di situ dan melibatkan interpretasi dan pendidikan" (TIES, 2015). Pendidikan ini adalah inklusif melibatkan kakitangan sektor pelancongan dan juga para tetamu.

Sejak tiga tahun lepas, aku sebenarnya mengikuti juga media-media sosial seperti instagram. Asalnya aku cuma menyertai media sosial instagram itu sebagai alternatif untuk menyalurkan kesialan yang berlaku dalam hidup aku ini berbanding dengan meroyan di muka buku. Selain daripada itu, instagram juga menjadi halaman untuk aku hidup dalam penafian dan membalas dendam kepada kenalan-kenalan yang suka show off.

Tapi, kemudian aku telah berkenalan dengan beberapa orang dari negara Thailand dari laman instagram. Aku mula melihat mereka menjalani aktiviti pengembaraan dan aktiviti yang melibatkan pelancongan berasaskan ekosistem dalam negara mereka sendiri. Walaupun kemungkinan untuk gambar menipu bahawa tempat itu menyeronokkan adalah besar, namun hal itu bukanlah perkara yang penting.

Aku cuma teringat bahawa negeri aku sendiri pun kaya dengan sumber biodiversiti. Aku risau bahawa jika sumber-sumber itu tidak digunakan dengan betul maka negeri aku sendirilah yang akan rugi. Lagi pula, aku sebenarnya sudah mendapat idea seperti ini semasa aku tersangkut di Penang seorang diri ketika menyambung pengajian di peringkat master dari tahun 2010-2013. Ketika itu, aku mula berjalan seorang diri di sekeliling dan menggunakan sedikit peruntukan yang aku ada dalam simpanan untuk menenangkan minda yang berserabut.

Lebih baik manfaatkan sumber-sumber alam dan memelihara artifak sejarah di negeri sendiri untuk membangunkan sosio-ekonomi berbanding dengan kita lari ke negeri lain dan terus menetap di luar. Orang luar sendiri menghargai negeri kita, sebaliknya kita sebagai anak negeri pula terhegeh-hegeh merempat. Tidak sepatutnya bukan? Selain itu, daripada berdengki khianat, apa kata kita tolong menolong mempromosi perkhidmatan dan perniagaan yang dibuka oleh rakan-rakan dan saudara-saudari senegeri kita.

Rujukan tambahan:

Perbendaharaan Kata Bahasa Melayu-Bahasa Siam

Perbendaharaan kata ini tidak disertakan dengan tulisan rumi kerana aku malas. Silalah belajar membaca tulisan bahasa Siam supaya dapat membaca bahasa Siam.

A B C D E F 

G H I J K L M 

N O P Q R S T 

U V W X Y Z

Bahasa Siam di sini digunakan di selatan Thailand tapi dalam bentuk yang standard.


Isnin, 26 Disember 2016

Bahasa Siam di Kedah

Disebabkan aku sudah membuka rumah baru, maka bahan-bahan lama perlulah diimport kembali ke sini supaya aku boleh menutup rumah lama. Untuk makluman pihak tuan dan puan yang budiman, bahasa Siam yang dituturkan di negeri Kedah Darul Aman sebenarnya adalah sama saja dengan bahasa Thai loghat Selatan yang dituturkan di wilayah Selatan Thailand sebelah pantai barat. 

Bahasa Siam loghat ini dituturkan oleh kedua-dua penganut agama Islam dan juga penganut ajaran Buddha yang berketurunan Siam di negeri aku itu.  Pada asalnya loghat ini berasal dari wilayah Nakorn Sri Tammarat. Kemudian, penduduk berdekatan mula belajar bahasa Siam ini sehingga ia menjadi lingua franca bagi pelbagai kaum di sebelah selatan Thailand di Segenting Kra.

Taburan penutur bahasa Siam di sebelah Kedah adalah sekitar daerah Kubang Pasu, Kota Setar terutamanya mukim Pokok Sena, Baling dan Padang Terap. Bahasa Siam ada juga dituturkan di sebelah Perlis di Kuala Perlis, Wang Klian, Chuping dan sedikit di kawasan bandar diraja, Arau kerana terdapat felda dan felcra yang dibuka oleh peneroka berketurunan Melayu dan juga berketurunan Siam (Muslim) yang tinggal sekitar kawasan sempadan Songkhla dan Padang Besar.

Kosa Kata Baling

Sumber dan pengalaman: akses di sini.
Dokumentasi audio-visual: Video Cakap Bahasa Siam di Tualang, Kedah

Kosa kata yang ada itu sebenarnya terhad sahaja. Ada banyak lagi dalam senarai dan mungkin aku akan tambahkan secara umum sahaja apabila aku lapang atau teringat. Pada masa kini, aku sebenarnya terpaksa belajar semula bahasa Thai loghat Bangkok supaya aku boleh masuk semula ke Thailand. Menyampah tinggal di sebelah Malaya yang serba 'canggih' dan 'maju' ini.

Aku berharap agar projek kecil ini sedikit sebanyak memberi maklumat kepada pelajar-pelajar bahasa Thai di Malaysia yang ingin menambahkan perbendaharaan kata atau mendalami loghat bahasa Thai Selatan. Sila klik pautan di atas untuk mengakses kosa kata.

Terima kasih.

Happy Buffalo
20 Februari 2016