Memaparkan catatan dengan label perlis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perlis. Papar semua catatan

Sabtu, 7 Mac 2026

Lawatan di Thailand


Salam sejahtera rakan-rakan, apa khabar? Dunia baru-baru ini dikejutkan dengan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran. Dari tahun 2020 hingga tahun 2021 pula, dunia dilanda oleh wabak pandemik COVID-19 yang mana setahun masa penduduk dunia dihabiskan berada dalam rumah saja. Dalam tempoh tujuh tahun ini pun aku sendiri begitu sibuk sehinggakan tak sempat menyimpan catitan berkenaan lawatan-lawatan aku di pelbagai tempat sama ada di Thailand atau pun di Malaysia. Kesibukan aku itu pun disebabkan oleh pekerjaan dan pejabat aku yang kucar kacir pentadbirannya akibat politik yang melampau.

Jadi, aku ingin mengambil kesempatan untuk menyimpan catitan perjalanan aku supaya aku dapat mengenang kembali kenangan manis, susah dan senang semasa aku melancong.
Gambar hiasan di atas bersumberkan dari aku sendiri. Aku ambil gambar ini semasa lawatan aku yang pertama kali di Selatan Thailand pada tahun 2017 selepas lima tahun aku ke Bangkok kononnya untuk mencari pekerjaan kerana aku kecil hati dengan nasib aku di Malaysia. Sekian, terima kasih.  

Sabtu, 25 Mei 2024

Bahasa Siam

Bahasa Thai atau loghat bahasa Thai tengah dikenali juga sebagai bahasa Siam pada suatu ketika dahulu adalah bahasa dalam rumpun Tai Barat Daya dari kelompok bahasa Kra-Dai. Bahasa ini dituturkan oleh penduduk di benua Siam termasuklah oleh etnik Mon di rantau Bangkok moden dan majoriti orang Cina yang tinggal di penempatan mereka di seluruh benua Siam. Kini, bahasa Siam menjadi satu-satunya bahasa kebangsaan di negara Thailand.

Berikut pula adalah rekod bahasa Thai untuk rujukan peribadi aku. Pelajaran dikutip dan direkodkan dari pelbagai sumber.
Rekod ini dikumpulkan semula oleh Happy Buffalo pada 25 Mei 2024 pada hari Sabtu pada jam 11.03 pm. Gambar hiasan di atas telah dipetik dari laman, Flagmakers di bawah judul Flag History: Thailand. Kredit untuk gambar hiasan ini haruslah diberikan kepada laman web yang disebutkan. 

Isnin, 2 Januari 2017

Ekotourisme

Ekotourisme ini ditakrifkan sebagai, "pelancongan ke kawasan-kawasan alam semulajadi yang bertanggungjawab, memelihara alam sekitar, melestarikan kebajikan penduduk tempatan di situ dan melibatkan interpretasi dan pendidikan" (TIES, 2015). Pendidikan ini adalah inklusif melibatkan kakitangan sektor pelancongan dan juga para tetamu.

Sejak tiga tahun lepas, aku sebenarnya mengikuti juga media-media sosial seperti instagram. Asalnya aku cuma menyertai media sosial instagram itu sebagai alternatif untuk menyalurkan kesialan yang berlaku dalam hidup aku ini berbanding dengan meroyan di muka buku. Selain daripada itu, instagram juga menjadi halaman untuk aku hidup dalam penafian dan membalas dendam kepada kenalan-kenalan yang suka show off.

Tapi, kemudian aku telah berkenalan dengan beberapa orang dari negara Thailand dari laman instagram. Aku mula melihat mereka menjalani aktiviti pengembaraan dan aktiviti yang melibatkan pelancongan berasaskan ekosistem dalam negara mereka sendiri. Walaupun kemungkinan untuk gambar menipu bahawa tempat itu menyeronokkan adalah besar, namun hal itu bukanlah perkara yang penting.

Aku cuma teringat bahawa negeri aku sendiri pun kaya dengan sumber biodiversiti. Aku risau bahawa jika sumber-sumber itu tidak digunakan dengan betul maka negeri aku sendirilah yang akan rugi. Lagi pula, aku sebenarnya sudah mendapat idea seperti ini semasa aku tersangkut di Penang seorang diri ketika menyambung pengajian di peringkat master dari tahun 2010-2013. Ketika itu, aku mula berjalan seorang diri di sekeliling dan menggunakan sedikit peruntukan yang aku ada dalam simpanan untuk menenangkan minda yang berserabut.

Lebih baik manfaatkan sumber-sumber alam dan memelihara artifak sejarah di negeri sendiri untuk membangunkan sosio-ekonomi berbanding dengan kita lari ke negeri lain dan terus menetap di luar. Orang luar sendiri menghargai negeri kita, sebaliknya kita sebagai anak negeri pula terhegeh-hegeh merempat. Tidak sepatutnya bukan? Selain itu, daripada berdengki khianat, apa kata kita tolong menolong mempromosi perkhidmatan dan perniagaan yang dibuka oleh rakan-rakan dan saudara-saudari senegeri kita.

Rujukan tambahan: