Pengenalan mengenai Bahan Purba di Thailand




Cik Phathri Phathrasophasakul, penyunting SPOTLIGHT segmen Dunia menyebut bahawa sejak tahun 2024, beberapa bahan purba di luar negara telah dikembalikan semula ke negara asalnya seperti negara Thailand. Jika dilihat kepada faktor kenapakah bahan purba sebegini dijual ke luar negara? Jawapannya adalah kerana nilai harganya yang tinggi jika dibandingkan dengan nilai kebudayaan yang tersirat di sebaliknya. 

Sehubungan dengan itu, SPOTLIGHT segmen Dunia membawa penonton menyoroti proses bagaimana geng penyeludup membawa keluar bahan purba tersebut untuk dijual di luar serta bagaimana mereka memutihkan atau menghalalkan perbuatan mereka itu.

Ayat dalam poster di atas itu menyebut bahawa, "undang-undang melarang sama sekali barangsiapa pun menghantar atau mengeluarkan bahan purba atau bahan kebudayaan dari kerajaan Thailand, kecuali jika menerima kebenaran dari Pengarah Besar Kementerian Kesenian. Namun, kini banyak sekali warisan Thailand ditemui berada di luar negara."