Pemulangan Semula Bahan Purba

Pada bulan November 2024, negara Thai telah menerima bahan purba yang ditemui di Ban Chiang dari Amerika Syarikat (AS). Antara bahan yang dipulangkan itu termasuklah seperti berikut:

  • Satu (1) bejana tanah liat purba dengan ukiran berwarna kemerah merahan;
  • Satu (1) gelang tangan dalam keadaan yang hampir sempurna; dan
  • Dua (2) bentuk silinder yang tidak dapat dipastikan untuk kegunaan apa.  

Kesemua empat (4) bahan purba itu dipastikan oleh Kementerian Kesenian Thailand berasal dari tapak pembakaran mayat purba yang dianggarkan berusia sekitar 3,500 SM di wilayah Udon Thani.


Selain itu, sekitar tahun 1970 hingga tahun 1979, perkakas tanah liat yang di atas ini telah diserahkan kepada seorang anggota tentera AS yang ditugaskan di pangkalan udara Udon Thani sebelum di bawa ke Kedutaan AS lalu disimpan di situ.

Namun, hal ini melibatkan pemulangan yang sempurna dan tidak banyak songehnya. Walau bagaimanapun, bahan purba yang mana sekali pun apabila ia dibawa keluar negara maka sukar sekali untuk dijejaki dan dituntut supaya dipulangkan semula kepada negara.