Ekotourisme ini ditakrifkan sebagai, "pelancongan ke kawasan-kawasan alam semulajadi yang bertanggungjawab, memelihara alam sekitar, melestarikan kebajikan penduduk tempatan di situ dan melibatkan interpretasi dan pendidikan" (TIES, 2015). Pendidikan ini adalah inklusif melibatkan kakitangan sektor pelancongan dan juga para tetamu.
Sejak tiga tahun lepas, aku sebenarnya mengikuti juga media-media sosial seperti instagram. Asalnya aku cuma menyertai media sosial instagram itu sebagai alternatif untuk menyalurkan kesialan yang berlaku dalam hidup aku ini berbanding dengan meroyan di muka buku. Selain daripada itu, instagram juga menjadi halaman untuk aku hidup dalam penafian dan membalas dendam kepada kenalan-kenalan yang suka show off.
Tapi, kemudian aku telah berkenalan dengan beberapa orang dari negara Thailand dari laman instagram. Aku mula melihat mereka menjalani aktiviti pengembaraan dan aktiviti yang melibatkan pelancongan berasaskan ekosistem dalam negara mereka sendiri. Walaupun kemungkinan untuk gambar menipu bahawa tempat itu menyeronokkan adalah besar, namun hal itu bukanlah perkara yang penting.
Aku cuma teringat bahawa negeri aku sendiri pun kaya dengan sumber biodiversiti. Aku risau bahawa jika sumber-sumber itu tidak digunakan dengan betul maka negeri aku sendirilah yang akan rugi. Lagi pula, aku sebenarnya sudah mendapat idea seperti ini semasa aku tersangkut di Penang seorang diri ketika menyambung pengajian di peringkat master dari tahun 2010-2013. Ketika itu, aku mula berjalan seorang diri di sekeliling dan menggunakan sedikit peruntukan yang aku ada dalam simpanan untuk menenangkan minda yang berserabut.
Lebih baik manfaatkan sumber-sumber alam dan memelihara artifak sejarah di negeri sendiri untuk membangunkan sosio-ekonomi berbanding dengan kita lari ke negeri lain dan terus menetap di luar. Orang luar sendiri menghargai negeri kita, sebaliknya kita sebagai anak negeri pula terhegeh-hegeh merempat. Tidak sepatutnya bukan? Selain itu, daripada berdengki khianat, apa kata kita tolong menolong mempromosi perkhidmatan dan perniagaan yang dibuka oleh rakan-rakan dan saudara-saudari senegeri kita.

Rujukan tambahan:
- The International Ecotourism Society (TIES)
- Ecotourism Australia (Eco Australia)
- Eco-Trips and Travel, the Nature Conservancy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan