Dalam pada itu, arca Raja Jayavarman VI atau dikenali ramai juga dengan jolokan, "Golden Boy" dilihat sebagai bukti sejarah penting bagi dinasti Mahitharapura dari kerajaan Chenla. Arca ini diperbuat dari gangsa ini ditemui di Baan Yaang, daerah Lahan Sai di wilayah Buriram ini telah diseludup ke Amerika Syarikat (AS) oleh Douglas Redford, peniaga bahan purba terkenal dunia.
Menurut En. Tanongsak Hanwong, pakar arkeologi, asal usul bahan ini ditemui di AS bermula dengan En. Yoi, seorang lelaki keturunan Khmer yang mempunyai ahli keluarga seramai empat orang membuka kawasan pertanian di situ. Mereka tidak mengetahui bahawa kawasan itu adalah kawasan yang mengandungi bahan purba. Satu hari semasa bercucuk tanam, beliau menemui bahan gangsa lalu membawanya pulang ke rumah. Beliau menceritakan peristiwa itu kepada ahli keluarga beliau.Pada malam harinya, mereka pergi ke kawasan itu sekali lagi dan menggali lalu menemui arca "Golden Boy". Keesokan harinya mereka menjualnya kepada Redford dengan harga sama ada 1,000,000 Bhat atau 1,300,000 Bhat. En. Tanongsak percaya bahawa arca tersebut dibeli dengan harga 1,300,000 kerana beliau pernah menemubual mereka yang pernah berhubung dengan Redford dan mendapati bahawa polis menyuruhnya membeli bahan tersebut dengan harga 1,300,000 Bhat pada jam 2.00 pagi.
Latchford menjadi peniaga bahan purba contoh apabila beliau keluar dari negara Thai dan negara jiran, Kemboja dan tidak semena-mena arca tersebut didapati berada di Muzium Metropolitan New York, AS. Arca Golden Boy ini menjadi salah satu contoh bahan purba yang diletakkan harga dan kemudian didermakan kepada muzium bagi mengurangkan cukai bagi bahan warisan dan bahan bukti yang tidak dapat dielakkan.
Apabila pemerintah AS mendenda Latchford yang melarikan diri daripada membayar cukai, maka siasatan yang ketat pun dijalankan. Akhirnya pada tahun 2019, Peguam Negara AS di New York mengarahkan pembukaan fail kes penyeludupan bahan purba dan terlibat menjual bahan yang diseludup atau dirompak dari negara Kemboja di Pasaran Seni Antarabangsa