Bahan Purba sebagai Produk Bernilai

Menurut Puan Nitya Kanokmongkol, Pengarah Pejabat Muzium Negara Thailand, di sesetengah negara, bahan purba dianggap sebagai produk bernilai yang mana mereka juga mempunyai pusat melelong bahan-bahan antik yang dibeli oleh peminatnya. Bahan yang dilelong ini termasuklah juga bahan purba maka ia dilelong dengan menepati undang-undang kerana ia dianggap sebagai produk bernilai di negara mereka.

Oleh itu, walaupun kerajaan cuba melindungi bahan-bahan purba tersebut namun ia masih lagi tidak terlepas daripada dilelong ke luar negara disebabkan tiada kerjasama atau pun ia dijual keluar. 







Menurut Puan Kanokmongkol, "apabila bahan purba khazanah negara ini telah dijual keluar maka usaha untuk mendapatkannya kembali bukanlah perkara yang mudah."

Kebanyakan negara memandang bahawa bahan purba ini sebagai bahan komoditi yang boleh ditukar dengan kepentingan ekonomi berbanding sebagai warisan kebudayaan. Oleh itu, bahan purba diseludup keluar dan dijual dengan harga yang mahal terutamanya di pasaran yang undang-undangnya tidak kuat. Dalam pada itu, negara Thai kita baru sahaja mengenali istilah "bahan purba" baru-baru ini sahaja.