Ahad, 24 Mac 2024

Kepercayaan Mistik di Selatan Thailand




Topik dalam masukan dalam program podcast di atas itu sebenarnya lebih menyentuh kepada kepercayaan mistik penduduk di Selatan Thailand yang majoritinya beragama Islam. Hal ini turut menyentuh mengenai kepercayaan karut yang wujud sebelum kemasukan agama Islam di wilayah Selatan Thailand.

Rujukan

Selasa, 1 Jun 2021

Kursus Bahasa Thai Podcast 101


Dalam masa beberapa tahun akibat bencana pandemik COVID-19 ini aku rasa ada baiknya aku memperbaiki kemahiran berbahasa Thai aku yang sudah berkarat kerana aku tak boleh masuk ke Thailand. Jika bukan untuk kegunaan pekerjaan pun aku masih harus mengetahuinya atas sebab nilai sejarah, kebudayaan, politik dan ekonomi negeri aku yang bersempadan dengan Kerajaan Thailand.

Nanti tambahkan mengikut latihan yang akan dan sudah dilakukan sebagai rujukan.

Sabtu, 29 Mei 2021

Hakikat

 

Sudah dua tahun pandemik SARS COVID-19 melanda dunia. Aku tak dapat masuk ke Thailand langsung sejak bulan Disember 2019. Wilayah yang aku lawati sebelum penutupan sempadan antarabangsa adalah Nakorn Sri Thammarat. Selepas itu, banyak sekali perkara berlaku seperti aku berpindah keluar dari Wilayah Persekutuan Putrajaya ke Selangor yang terletak cuma di luar sempadan rantau itu. Aku berkenalan dengan ramai rakan di Thailand namun tak semuanya bertahan kerana mereka pun sedang berhempas dengan kehidupan mereka di sana. Ada yang bekerja sebagai pegawai kerajaan, ada yang bekerja sendiri mencari nafkah dengan menjual pelbagai jenis barangan.

Lagu di atas menceritakan mengenai hakikat kehidupan bahawa kita ini kesunyian. Ia mengingatkan aku kepada diriku semasa masih kecil, dibuli di sekolah di Lembah Klang dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. Aku kesunyian sejak kecil tanpa rakan. Ibu bapa aku pun sibuk bekerja ketika itu, aku sendiri pun tidak menyalahkan mereka. Kini bapaku pun sudah meninggal dunia. Aku hanya ada seorang adik perempuan bongsu dan kakak sulung. Itu pun kami hanya berhubung pada masa tertentu sahaja. Aku tiada abang atau adik lelaki.   

Khamis, 10 Disember 2020

Lagenda Wat Gua Bukit Batu Kapur

 

Apa khabar rakan-rakan yang tidak aku kenali sekelian? Bagaimanakah keadaan pandemik Covid-19 di negara anda? Pandemik Covid-19 di negara aku kini sudah masuk peringkat keempat atau mungkin lebih daripada lima peringkat. Aku pun sudah tak tahu dan malas untuk mengambil tahu lagi.

Pada saat ini, internet dan aplikasi atas talian (online) memang mendapat tempat di hati masyarakat dunia. Orang ramai menghabiskan masa mereka menonton Youtube, Netflix, Iflix, TV online dan bermacam-macam lagi saluran alternatif untuk menghilangkan kebosanan apabila terkurung di rumah akibat tempoh kawalan pergerakan. Aku pun begitu juga. Aku menonton saluran-saluran berkenaan dengan alam ghaib seperti hantu, roh dan sebagainya. Salah satu rancangan yang aku minati berkenaan dengan alam ghaib dari negara Thailand adalah ช่องส่องผี Chong Song Phee yang bermaksud rancangan mengintai hantu. Aku akan berikan review lanjut dalam ruangan berasingan. 

Di sini, aku ingin mengabadikan tentang apakah yang ditemui oleh rancangan seperti yang disebutkan itu dalam penjelajahan mereka memandangkan mereka tidak menyediakan sari kata dalam bahasa Inggeris untuk tontonan masyarakat antarabangsa.

Tonton rancangan secara atas talian di EP. 32 Lagenda Gua Bukit Batu Kapur di negeri Kanchanaburi, Thailand. Sila klik di sini tapi aku terpaksa memohon maaf kerana tiada sari kata dalam bahasa Inggeris. Maklumat yang aku konsikan di sini adalah maklumat yang dipetik dari rancangan ini. Sekian, terima kasih.   

Jumaat, 20 Disember 2019

Rancangan Percutian ke Nakhon Si Thammarat


Aku rasa aku kena fokus hanya kepada lawatan ke wilayah Nakhon Si Thammarat dahulu. Kali ini aku terpaksa ambil bas sahaja bermaksud aku perlu lalu di wilayah Songkhla dahulu dan perlu berhati-hati apabila melintasi sempadan antara negara lagi.

Persediaan ke Pantai Timur, Selatan Thailand di sini.

Isnin, 3 Jun 2019

Rancangan Percutian di Chiang Mai


Aku merancang untuk bercuti ke Chiang Mai. Kali ini aku tidak akan berharap banyak sangat. Aku cuma mahu 'enjoy' masa lapang aku dengan benda-benda berfaedah. Oleh itu, akan cuba untuk membuat persiapan yang lebih rapi berbanding dengan lawatan aku yang sebelum-sebelum ini.
Catitan Perjalanan
Rujukan:
Source Pic: Gambar aku punya sendiri diambil dengan ASUS aku

Ahad, 3 Jun 2018

Rancangan Percutian di Krabi


Trip solo aku ke Krabi ini menggunakan pengangkutan udara. Aku menggunakan Air Asia yang aku ingatkan memang murah. Mana tahu dikapaknya aku sampai dekat Rm 700.00 hanya untuk penerbangan round trip dari Kuala Lumpur ke Krabi. Celaka lahanat sungguh. Persiapan aku sebelum keluar ke Krabi adalah seperti di sini.

Selepas sampai di Krabi barulah aku nampak bagaimana rupa sistem pengangkutan di sana jadi aku akan gunakan pengetahuan ini di masa hadapan. Rujukan perjalanan aku ada ditempekkan di sini. Aku sangat-sangat berterima kasih kepada pengembara-pengembara solo Malaysia yang membuat travelog sejak beberapa tahun yang lepas. Travelog hangpa sangat-sangat membantu aku.  
Rujukan pengembara-pengembara lain dan rujukan mengenai pekan Krabi boleh diklik di sini. Aku harap ruangan ini membantu kawan-kawan yang cuba untuk mengelakkan suasana bawang seperti orang menyebok kenapa kawan-kawan belum menikah lagi serta sebagainya semasa cuti perayaan dan aku harap ia membantu kawan-kawan sedikit sebanyak untuk melarikan diri sementara waktu dari keserabutan hidup.

Pic source: Gopal Venkataran (Ithaka Travel