Laluan Derma Keranda Wat Khao Poon

Boy menyatakan bahawa Wat Khao Poon ini menjadi tumpuan pelancong asing yang datang untuk mengenang saudara-mara mereka yang meninggal dunia di Kanchanaburi. Orang Thai tidak ramai yang datang melawat ke situ.

Mereka melalui tempat meletakkan keranda. Rainy memberitahu jika orang yang ditimpa kesusahan membuat pahala dengan menderma keranda, maka kesannya adalah usia akan lanjut dan sihat. Orang yang ditimpa masalah melibatkan tulang seperti patah tulang, sakit cakera merosot (degenrative disc) dan jari mengeras (trigger finger) sesuai sekali untuk membuat pahala menderma keranda kepada orang lain. Rainy memberitahu Boy bahawa beliau diberitahu oleh roh seorang anagarika yang menjadi penulis amalan orang yang lalu di kawasan timbunan keranda tersebut dan berbuat kebajikan. Mereka pun berdoa di situ memohon supaya penonton dan mereka yang mengenali mereka mendapat kesembuhan dari penyakit. Sewaktu hendak keluar dari laluan tersebut, Rainy nampak roh seorang lelaki duduk di atas  keranda. Menurut Rainy roh tersebut sedang menunggu keranda yang didermakan olehnya kepada orang lain. Roh itu memaklumkan dalam masa beberapa hari keranda tersebut akan mendapat mayat.

Selepas keluar, mereka nampak นางไม้ nang mai atau apsara di papan tanda. Roh ini adalah sejenis makhluk halus yang menjadi penunggu di pohon-pohon di merata tempat di dunia. Ada roh penunggu kawasan dan juga roh tawanan perang yang mati di muara. Mereka menemui sanggar yang menempatkan berhala anagarika dan kumar kecil serta sanggar penunggu dari negara kota rahsia. Negara kota rahsia ini bermaksud alternate universe atau alam lain. Mungkin Rainy maksudkan alam bunian.

Selain itu terdapat juga tawanan perang yang mati di dalam gua kerana Rainy nampak roh seorang lelaki caucasian bercawat berjalan menuju ke arah lubang gua dan menunjukkan jarinya di situ. Rainy menjawab soalan Boy bahawa turun ke bawah itu tidak berbahaya kerana niat kakitangan pengambaran adalah untuk melihat sama ada alam roh itu benar, alam lain yang bertindan dengan alam manusia ini, dosa dan pahala wujud atau pun tidak. Hal ini selaras dengan ajaran Buddha berkenaan dengan hukum karma dan kakitangan pengambaran tidak berniat untuk mengganggu sesiapa di kawasan yang dilawati. Boy menyatakan bahawa semasa mereka menjalankan upacara pengorbanan untuk roh. Rainy melihat roh Johanne Masheder berdiri di belakang Boy.