Persediaan Sebelum ke Nakhon Si Thammarat

Aku rasa seolah-olah masuk ke negara Thailand setiap masa seperti pengalaman yang baru walaupun aku sebenarnya masuk ke sana untuk bercuti dua kali setahun. Setiap kali bersedia aku perlu membuat check-list dahulu bagi mengelakkan mengalami masalah di negara orang. Masa bekerja ini aku mempunyai wang sedikit namun aku tiada masa pula untuk berbuat apa-apa. Sedih betul hidup ...

A) Tiket Bas

Aku tak sempat hendak ambil tiket penerbangan mahu pun membuat pesanan tempahan hotel jadi aku memang risau aku nak tidur di mana di sana. Bas yang aku ambil dari Syarikat Alisan Golden Coach (No. Tiket: KIOS191200023428; No. Trip: 5181541). Pintu berlepas di gate nombor 14 pada 25 Disember 2019 dari TBS ke Bukit Kayu Hitam. Harga tiket RM 55.40 dengan 0.40 sen sebagai insurans perjalanan.

B) Penginapan dan Tumpangan

Dapatkan senarai hotel atau rumah penginapan sekiranya aku tak sempat untuk menempah bilik penginapan. Aku ada kenalan di Nakhon Si Thammarat iaitu abang Atthapong Maneechot. Aku dah lupa chue len dia nombor telefon 66894469352 dan tinggal di amphoe Sichon.

Kalau aku merancang ke Surat Thani, aku kena berhubung dengan abang Khunchai Tua itu pun kalau dia tidak busy. Aku segan nak kacau dia sebab dia pun macam jenis kekwat sahaja. Aku kena locate juga tempat-tempat yang ingin aku lawati di sekitar Surat Thani.    

C) Perjalanan Balik

Aku belum beli tiket balik ke Malaysia lagi. Aku rasa aku boleh ambil di pekan Hadyai sahaja. Mungkin aku lepak satu malam di sana dan berjalan sekitar pekan sambil belajar persekitarannya sebelum balik ke Malaysia. Untuk mudah mendapatkan kenderaan balik mungkin aku patut tinggal di sekitar Jitra.

Rujukan Perjalanan Lepas
  • Persediaan Sebelum ke Chiangmai (blogspot)
  • Rujukan Sebelum ke Nakorn Sri Thammarat (blogspot)