Persediaan ke Chiangmai

Oleh sebab aku sebenarnya tak banyak masa lapang untuk menyusun rancangan untuk perjalanan maka aku terpaksa melakukan perkara mengikut kesempatan sahaja. Berikut adalah maklumat penting untuk perjalanan ke Chiangmai:

1) Penerbangan KUL ke CNX

Untuk penerbangan, sila beringat bahawa aku kena berada di lapangan terbang awal iaitu tiga jam sebelum penerbangan. Aku kena berada di KLIA 2 pada jam 9.00 pagi untuk urusan check-in. Masa bertolak dari Putra Sentral adalah selama sejam jadi bangun awal pada jam 6.00 pagi. Kemudian pergi ke train pukul 7.30 pagi. 

Pesawat: AK 856 Air Asia
Tarikh: 5 Jun 2019
Tapak: KLIA 2
Bertolak: 2.55 petang waktu Malaysia
Sampai: 4.40 petang waktu Thailand

2) Penerbangan CNX ke KUL

Untuk penerbangan, sila beringat berada tiga jam sebelum penerbangan. Pergi ke lapangan terbang pada jam 2.00 petang sebaik sahaj check-out hotel.

Pesawat: AK 857 Air Asia
Tarikh: 11 Jun 2019 (Khamis)
Tapak: Chiangmai International Airport
Bertolak: 5.10 petang waktu Thailand
Sampai: 9.05 malam waktu Malaysia

3) Penginapan Hari Pertama (6 Jun 2019)

Hotel: Stay Tapae Hostel
Check-in: 6 Jun 2019
Check-out: 7 Jun 2019
Tempat menarik berdekatan:
  • Wat Cetiya Luang Worawiharn
  • Wat Cetawan
  • Wat Phra Singh Woramawiharn
  • Wat Bupparaam
  • Wat Mahaawan
  • Pratu Tapae
  • Asrama Seni Budaya Chiangmai
  • Masjid Baan Haw
  • Air Terjun Huaai Kaew
  • Hutan Pusat Perlindungan Gajah
  • Wiang Kum Kaam
  • Tarue Wat Chaimongkol (Maeping River Cruise)
  • Utayan Luang Ratchapruek
  • Muzium Tempatan Lanna
  • Paang Chaang Maesa (Patung Gajah)
  • Tiger Kingdom (Chiangmai Maerim)
  • Jalan Orang Jalan-Jalan Chiangmai
  • Night Bar Chiangmai

4) Checklist
  • Rujukan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Konsul di Songkhla. Rujuk travel advisory di sini.
  • Aduan ke National Human Rights Commission of Thailand sila klik di sini.
  • Tukaran currency Ringgit Malaysia ke Thai Bhat - 7140 Bhat campur dengan 9000 Bhat yang aku tukar di Terminal Bas Bandar Tasik Selatan pada 4 Jun 2019.
  • Train pergi dan balik dari KLIA 2 - RM 9.40 x 2 trip. Aku sudah topup T & G.
  • Beg duit untuk Thai Bhat - RM 30.00 aku beli di Terminal Bas Bandar Tasik Selatan pada 4 Jun 2019.
  • Aku sudah activate CIMB Overseas secara online. Tarikh aku letakkan dari 7 Jun 2019 sehingga 10 Jun 2019.
  • Kad kredit untuk kecemasan jangan bawa semua. Bawa cash rebate dan Enrich sahaja. Simpan Petronas punya di rumah guna untuk isi minyak kereta.  
  • Cetak keluar dokumen rujukan seperti penerbangan, bilik tumpangan, senarai rumah tumpangan dan sebagainya sekiranya aku tidak dapat akses internet. Aku dah masukkan dalam fail.  
  • Buku nota kecil untuk rujukan.
  • Bawa buku doa kecil satu tak kiralah dari mazhab mana pun. Berhati-hati jangan dedahkan pegangan agama di mana pun kita berada dan ikut cara orang tempatan. Orang tak tanya, jangan cakap apa-apa.
5) Peringatan
  • Jangan simpan semua duit dalam beg duit. Simpan di merata-rata tempat di badan dan dalam beg. Duit Malaysia simpan dalam beg besar. 
  • Ikat pasport dengan badan sentiasa.
  • Jangan bantu sesiapa bawa bungkusan pun di lapangan terbang di mana-mana.
  • Jangan tandatangan sebarang dokumen pun di balai polis. Mohon hubungi Kedutaan Malaysia di Bangkok dan Konsul General Malaysia di Songkhla dahulu.
  • Jangan letak power bank dalam beg yang akan dikargokan.