7 Jun 2019 - Chiangmai

7.00 - 8.00 am

Aku sebenarnya telah set jam aku awal pada jam 5.00 am waktu Thailand. Namun, tabiat aku yang suka padamkan penggera jam sebentar itu menyebabkan aku terbangun lambat. Aku kemudian tengok jam menunjukkan 7.00 maka aku segera ke bilik mandi bersiap. Aku susun barang-barang dalam beg aku. 

Aku turun ke bawah dan aku lihat receptionist tiada. Semalam, kak receptionist beritahu aku bahawa receptionist shift siang hanya akan masuk pada jam 8.00 am. Tak lama selepas itu, seorang kakak yang comel masuk. Aku makan sahaja breakfast sebab harga kotak semalam yang aku tumpang itu pun sudah memasukkan sekali sarapan pagi ke dalamnya. Selesai makan aku bertanya kepada receptionist untuk memastikan bahawa maklumat yang diberikan oleh receptionist semalam adalah betul. Dia beritahu hal yang sama kalau aku hendak ke daerah lain, aku boleh ke Stesen Chang Phueg. Kalau hendak melintas wilayah ke wilayah lain maka aku kena ke Arked. Dia beritahu aku, aku kena lambai-lambai kepada kereta merah di jalan besar. Nanti, beritahu mereka hendak ke Stesen Chang Phueg.

Aku naik kereta merah dan ada seorang lagi penumpang wanita separuh abad naik lepas beli barang di pasar basah. Dia sembang dengan aku tapi kami tak berapa mesra sangat. Aku tak faham sangat bahasa orang Utara. Bahasa mereka ini dipanggil sebagai Kum Muang atau bahasa bandar. Orang di sempadan selatan kebanyakannya bercakap loghat Ligor atau bahasa Nakorn Sri Thammarat. Walaupun aku tak reti loghat Ligor dan bercakap bahasa Thai standard namun aku masih terpengaruh dengan loghat Ligor. Aku kena fikir lama bila orang Chiangmai bercakap kecuali kalau mereka bersimpati tengok aku terkulat-kulat lalu bercakap bahasa Thai standard. Wanita itu beritahu kepada aku yang destinasi aku hendak tuju dah sampai. Dia pun bertukar tempat duduk dari belakang bahagian penumpang ke bahagian hadapan bersama dengan pemandu kereta merah.

Aku melintas jalan pergi ke Stesen Chang Phueg. Di sana aku terkulat-kulat lagi lalu aku bertanya kepada kakak di meja tepi kaunter tiket bas. Bas hendak ke Prao boleh ambil di mana? Aku hendak beli tiket. Dia beritahu kepada aku supaya pergi ke kaunter Prem Ratcha di seberang stesen itu sahaja. Aku ke situ dan memberikan nama samaran aku serta membayar 80 Bhat kepada abang kaunter. Dia tidak minta pula melihat pasport aku. Nanti, ada insiden semasa aku hendak balik dari Prao aku khabarkan untuk keesokan harinya.

9.00 - 12.00 pm

Bas hendak ke Prao itu kelihatan seperti van di wilayah Songkhla ke wilayah Satun. Aku dapati harga tiket pun sebenarnya sama dan jangka masa ke sana pun lebih kurang sama. Dalam perjalanan aku nampak highway sebelah kawasan Changkian sajalah. Nampak pasaraya besar macam Chiangmai Festival dan lain-lain. Van itu penuh ada seorang mat saleh duduk di bahagian penumpang depan sekali. Sebelah aku ada kakak dan sebelah dia ada makcik. Jalan hendak ke Prao nampak berhutan dan ada macam banjaran. Ada tokong cina di bawah gaung dan hutan buluh. Jauh gila babi aku rasa macam bukan duduk dalam negara Thailand. Macam masuk negara lain pula. Laluan nak dekat ke Prao ada satu tugu Buddha besar, aku rasa itu tugu orang alim tempatan di situ. Bukan tugu baginda Buddha. Aku bagi sembah sajalah untuk hormat orang tempatan.

Van Prem Ratcha sampai di pekan Prao sekitar jam 12.00 tengah hari. Cuaca terang dan panas gila. Aku tanya kepada pemandu di stesen Prao di mana Prao Paragon, kedai abang Bru? Pemandu kata lalu wat di depan dan lintas jalan. Ia berdepan dengan kedai jual motor. Tak jauh mana pun. Aku tak pergi terus kedai abang Bru sebab aku tak bagitahu dia aku sebenarnya sampai awal iaitu semalam. Beliau sebenarnya meniaga somtam di situ. Aku faham orang meniaga bukannya senang-senang boleh tinggalkan tempat meniaga. Aku jalan-jalan dulu ke stesen minyak dan lalu di Wat Vieng Prao untuk sembah hormat kepada jao avast atau bhiksu tempatan. Aku lepak-lepak dahulu kemudian aku nampak kedai somtam abang Bru dari jauh. Tapi aku tak segera pergi ke situ. Aku lepak dulu di kedai minyak sebab ada kedai 7E yang berpendingin hawa, haha.

2.00 - 3.00 pm

Aku baru pergi jumpa abang Bru dan wai atau sembah kepada beliau. Aku nampak seorang lelaki yang sebenarnya aku kenal juga namun aku tak pernah sembang dengan beliau di media sosial. Ada seorang pembantu wanita di gerai tersebut. Nampak macam tak mesra sahaja lelaki dan wanita tersebut. Mungkin mereka penat berniaga kot. Lelaki itu adalah pemilik dua kedai baju yang menjadi tapak gerai abang Bru. Aku duduk dulu lepak-lepak baru nampak mereka menjadi mesra sedikit apabila pelanggan tak berapa ramai dah. Mereka jamu aku somtam sambil-sambil mereka tumbuk kerabu pedas itu. Ada somtam moo yo yang moo yo dia itu depa buat sendiri saja. Aku saja tak mau translate satgi hangpa kecoh, haha. Abang Bru kata satgi petang sedikit mereka akan belanja aku makan moo katah atau steamboat. Aku tertanya-tanya juga tang mana nya kedai steamboat kat situ? Tak nampak kelibat pun. Dia gatai pi tanya aku agama apa pula. Aku khabar saja aku Buddhist macam orang lain. Tak suka orang tanya agama aku apa.

Depa ada jamu aku makan kunchiang, aku tengok macam sosej daging gantung cina  kat sini saja cuma rasa dia manis-manis. Depa makan dengan pulut depa. Aku melepak sajalah di situ duk tengok orang pi orang mai beli somtam kedai dia. Somtam ini macam rojak orang belah utara dengan timur laut. Orang Siam belah selatan suka makan macam gulai-gulai kuning, jenis macam kanum jeen atau laksa yang ada nam ya atau kuah. Somtam depa lagi advance ada tambah macam-macam benda macam ketam bunga, udang yang tak masak, kerang, kepah dan lain-lain makanan laut. Harga dia dari murah sampai mahal. Aku tengok orang pakat membeli belah di kedai somtam itu dari pelbagai latar belakang. Ada doktor, ada kakak-kakak, ada askar atau pegawai perhutanan dan bermacam-macam lagi orang.

3.00 - 5.00 pm

Banyak jugalah benda yang disembangkan selepas lelaki yang menjadi tauke di Prao Paragon itu berkenalan dengan aku. Nama dia abang Ken. Nampak macam poyo saja tapi selepas sembang aku rasa dia orang baik. Kalau tidak kenapa dia mempelawa abang Bru berniaga di kedai dia. Aku berminat juga hendak mengorek cerita panjang hidup mereka namun aku tak berani nak buat ramah pelik sangat. Sebab aku pun baru sahaja sampai ke tempat yang baru itu. Aku boleh nampak abang Bru dan abang Ken memang berniaga sungguh-sungguh. Ada beberapa orang lagi yang berniaga dalam kedai menjaga cash.

Selepas jam 5.00 pm, mereka pun menutup gerai somtam mereka. Aku menunggu abang Bru sekejap di kedai baju abang Ken. Sambil itu aku berbual dengan abang Ken. Beliau beritahu umur beliau tahun ini sudah 39 tahun. Tahun hadapan beliau sudah masuk 40 tahun. Beliau beritahu aku, baju-baju yang beliau jual itu diambil dari Bangkok. Sejak perniagaan online muncul, perniagaan di kedai beliau tidaklah begitu laku sangat. Namun, beliau kata masih boleh hidup. Beliau buat perniagaan-perniagaan lain juga.

Pukul 6.00 pm begitu, kami ke Anothai Place di luar sedikit dari pekan Prao. Ia melepasi Wat Viang Prao dan laluan ke stesen minyak Prao. Mereka belanja aku makan steamboat Moo Katah. Itu sebenarnya kali pertama aku makan steamboat yang katanya popular sangat di Thailand. Rasanya biasa sahaja tapi aku suka presentation mereka, haha. Kemudian, abang Bru bayar sebanyak 500 Bhat. Aku sudah offer nak tolong bayar separuh sebab aku segan mereka sudah bersusah payah belanja aku. Tapi, abang Bru pula tidak benarkan.

Sekitar jam 7.00 pm itu, aku pun check-in masuk ke Anothai Place. Ia semacam resort di kampung dengan kolam renang. Bilik dia pun boleh tahan. Aku lepak dan menyembang sekejap dengan abang Bru di bilik. Kebanyakan yang disembangkan pun mengenai isu perniagaan orang di Chiangmai dan cara hidup mereka. Aku baru nampak kehidupan orang di Chiangmai dan aku dapat pastikan mereka memang rajin. Aku pernah ada seorang makcik ipar dari Chiangmai. Beliau memang rajinlah semasa beliau duduk di rumah arwah tuk aku di Arau dulu.

9.00 - 10.00 pm

Selepas itu, abang Bru balik ke rumah beliau. Beliau mungkin segan nak ajak aku lepak rumah beliau. Aku tak kisahlah. Aku cuma datang melawat kawan-kawan. Aku lagi risau kalau kawan-kawan aku terkena kemurungan sebab aku pernah kena kemurungan. Kalau kawan-kawan tunjuk tanda pelik-pelik di media sosial atau semasa bersembang memang aku pandang dengan sangat serius. Aku akan menempek dengan mereka sampai aku rasa mereka ok. Kalau manusia itu dah ok buat apa mereka nak cari aku jadi berhala buruk mereka, haha.

Aku tidur awal sajalah dalam pukul 10.00 pm lebih sebab aku pun dah mengantuk. Rasa seperti hari itu sangat panjang walaupun aku menunggu abang Bru settle perniagaan di gerai tak lama sangat pun iaitu antara jam 2.00 p.m sampai jam 6.00 p.m. Esok aku merancang untuk pulang semula ke Chiangmai. Segan nak ganggu perniagaan abang Bru, nanti beliau mesti rasa segan sebab tak bawa aku berjalan-jalan sekitar daerah tersebut sedangkan beliau pun berniaga. Aku faham sangat orang berniaga sebenarnya tak boleh berehat sesuka hati. Aku bukan mari situ sebab nak berjalan sangat. Aku memang berniat nak melawat abang Bru sebab aku kasihan beliau kata aku tak melawat beliau pun semasa aku pergi bercuti di Krabi.