Penjelajahan Wat Bukit Batu Kapur

Sebelum petugas pengambaran masuk ke kawasan gua tersebut, pengacara tiga orang iaitu Rainy, Boy dan James melalui pintu masuknya dahulu. Petugas pengambaran sebenarnya telah datang menjalankan kaji selidik sebelum mereka menjalankan pengambaran pada malam itu. Rainy memaklumkan bahawa ketika kaji selidik pun beliau nampak roh seorang wanita warganegara asing berdiri di situ serta roh yang menjadi pesuruh kepada seseorang. Gua tersebut adalah gua purba yang melalui pelbagai zaman termasuklah zaman Perang Dunia Kedua. Jadi, terdapat juga roh tawanan perang yang tidak berbaju tetapi memakai cawat.

Boy menceritakan mungkin berdasarkan kajian beliau, di situ pernah menjadi pusat rawatan atau hospital ketika zaman Perang Dunia Kedua dan dikenali sebagai Hospital Khao Poon. Rainy memberitahu bahawa beliau nampak สิ่งศักดิ์สิทธิ์ sing saksitt atau penunggu bertuah yang menjaga berhala Kuan Yin dan Phra Sivali di situ ketika mereka berada di rantau pintu masuk wat tersebut. Penunggu-penunggu di situ adalah parami yang menghalang roh lain menyamar menjadi tokoh-tokoh yang diberhalakan itu. Apabila orang ramai memuja di situ maka penunggu-penunggu tersebut akan mendapat pahala serta menerima tenaga.

Di atas bukit sedikit ada seorang lelaki tua yang mengikat pinggang dengan ผ้าขาวม้า pha khao ma berteriak meminta mereka yang berada di bawah supaya memuja di situ. Mereka melalui Balai Pemujaan Buddha 28 Rupa dan perlu memuja di situ sebelum naik ke atas bukit. Sebaik sahaja masuk Rainy nampak gambar seorang lelaki tua dan seorang wanita tua di sebelah berhala-berhala Buddha tersebut. Rainy memberitahu bahawa roh lelaki tua yang berteriak memanggil mereka tadi itu adalah lelaki tua dalam gambar tersebut. Rainy berkata bahawa beliau hanya nampak lelaki tua itu, tetapi wanita tua itu beliau tidak nampak pula. Menurut mungkin sami yang memandu mereka di situ, lelaki dan wanita dalam gambar di balai tersebut adalah orang yang menyokong pembinaan balai pemujaan tersebut. Terdapat รุกขเทวดา rukkha devata atau roh alam sekitar yang menjadi penunggu menjaga berhala-berhala Buddha tersebut. Pemuja biasanya memuja di situ untuk meminta tuah. Rainy memberitahu bahawa perbuatan membuat pahala dan mengaitkannya dengan roh di sekeliling itu akan memberikan ciri Buddhaguna kepada mereka.

James bertanya sama ada roh Johanne Masheder masuk ke kawasan pemujaan penganut Buddha di situ? Rainy memberitahu bahawa roh wanita tersebut mungkin tidak masuk disebabkan beliau menghormati kawasan tersebut dan beliau bukan penganut agama Buddha. Selain daripada itu, roh lelaki tua yang menjadi penjaga kawasan balai pemujaan itu bersuara lantang dan suka menjerit mungkin menakutkan roh wanita Inggeris itu.