Trip Solo ke Krabi


Aku sebenarnya membuat keputusan untuk berjalan ke wilayah Krabi dalam tergesa-gesa. Sebelum cuti hari raya, aku perlu menguruskan pelbagai hal yang menyerabutkan di pejabat aku. Bak kata kawan aku, kita perlu tunjuk cool depan orang dan cuba jangan tunjukkan yang kita sedang serabut. Aku cuba sedaya upaya juga untuk mengikut prinsip ini. 

Aku bahagikan perjalanan aku ini kepada tarikh-tarikh seperti catitan diari bagi memudahkan rujukan dibuat.

16 Jun 2018

Sebenarnya hari ini adalah hari raya kedua. Aku bukanlah jenis orang yang mudah-mudah untuk meninggalkan rumah pergi mengembara namun aku terpaksa berbuat begini untuk mengelakkan orang yang berkunjung ke rumah. Cuti hari raya yang aku pohon adalah sebanyak empat hari, ditambah dengan cuti ganti dua hari dan cuti umum. Maka jumlah cuti aku nampak seperti banyak. Untuk kali ini aku cuba menggunakan penerbangan Air Asia dan aku dapati bahawa ia adalah tidak berbaloi. Penerbangan ke Krabi dari KLIA 2 adalah pada jam 13.20. Ia mengambil masa selama 20 minit sahaja. Insiden celaka di KLIA 2 adalah apabila bagasi aku melebihi enam kilogram. Mereka suruh tambah lagi RM150.00 di kaunter check-in bagasi. Selain itu, mereka maklumkan kepada aku yang bahagian bagasi pesawat sudah pun ditutup. Lanjut di sini.

17 Jun 2018

Hari ini aku diberikan masa oleh hotel yang aku sewa untuk check-out dari jam 01.00 - 12.00. Jadi waktu pagi itu aku bangun sekitar jam 06.00. Aku keluar untuk berjalan-jalan melihat keadaan di sekitar bandar Krabi pada pagi itu. Lanjut di sini.

Sila kemaskan bahagian ini. Aku pulang ke Malaysia pada 20 Jun 2018.