Menjelajahi Gua Batu Kapur

Kakitangan pengambaran menuruni gua batu kapur di wat tersebut. Terdapat tangga yang membawa mereka ke dasar gua. Di dasar gua tersebut terdapat ruangan yang menempatkan berhala Buddha dalam asana berbaring. Mereka memberi tabik sembah kepada makhluk-makhluk halus yang berada di sekeliling.

Boy menceritakan bahawa pada zaman raja Chulalongkorn (Rama V), baginda turun sendiri dengan susah payahnya untuk menyembah Buddha berbaring ini semasa baginda dalam pengembaraan melawati tanah jajahan di selatan. Jika ia sudah berada di situ pada zaman Rama V maka sebenarnya ia pasti berusia lebih tua daripada zaman tersebut. Boy hairan bagaimana baginda Rama V boleh mengetahui bahawa di bawah itu terdapat gua dan pusat pemujaan? Rainy memaklumkan bahawa ada pemburu yang memaklumkan kepada baginda mengenai hal itu. Rainy juga memberitahu bahawa Buddha berbaring tersebut bernyawa. Menurut beliau, Buddha berbaring terbahagi kepada jenis yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Buddha berbaring di Wat Khao dan Wat Inthapramul juga bernyawa. Roh yang menghuninya boleh berbicara dengan orang yang datang memuja secara psikik. Menurut Rainy lagi jika seseorang itu mempunyai masalah hidup dan jiwanya kacau maka dia boleh datang bersemadi menjalankan karmasthana di situ. Orang itu akan mendapat tumpuan yang tajam dan pengetahuan. Reny memberitahu Buddha berbaring di situ sebenarnya bersaiz lebih kecil daripada saiz yang sekarang. Ia ditambah sehingga menjadi besar seperti sekarang dan dicat dengan emas. Jiwa berhala tersebut datang dari kepercayaan dan pemujaan. Berhala itu berkomunikasi secara psikik dengan Rainy bahawa, "sebelum ini hanya setompok batu, kenapa sampai batulah, tuan?" Rainy tidak faham dan mereka pun berlalu pergi.

Terdapat lorong kiri dan kanan di hadapan. Mereka masuk ke lorong sebelah kiri dahulu. Dalam ruangan tersebut terdapat satu ruangan dan satu bilik yang dikunci. Menurut Rainy, kawasan yang ditutup itu sebenarnya adalah laluan masuk alam bunian. Terdapat stupa yang menyimpan tulang pertapa. James cuba mengesahkan bahawa benar atau tidak terdapat orang yang dikurung oleh orang bunian. Rainy mendapat maklumat bahawa terdapat seorang lelaki terkurung seminggu dalam bilik yang dikunci itu kerana dia bersikap pelik. James pun mengetahui kisah ini, beliau berkata bahawa lelaki itu tersesat di dalam bilik yang berkunci itu. Gua memang begitulah keadaannya mengelirukan.

Terdapat lohong cahaya yang membolehkan cahaya matahari menyinari di tengah-tengah ruangan bawah tanah itu. Boy memberikan pandangan bahawa beliau berasa sejuk dan selesa di dalam gua itu. Rainy pula memberitahu bahawa semasa beliau masuk, beliau berniat supaya beliau tidak kesejukan apabila berkomunikasi dengan makhluk-makhluk halus di dalam gua. Beliau pun berasa tidak sejuk. Dalam satu ruangan lagi, terdapat berhala resi พ่อปู่ตาไฟ Po Phu Tao Fai atau Tuk Wan. Kemudian ada sanggar kecil disediakan untuk semangat dalam gua sebanyak lima ekor. Semangat-semangat itu merungut bahawa sanggar tersebut tidak perlu ada pun. Ia menyusahkan mereka kerana burung sering membuat tahi di situ. Tempat tinggal mereka menjadi kotor.

Selepas itu, mereka masuk ke lorong sebelah kanan menuju ke ถ้ำไทรย้อย Gua Sai Yoi dan ถ้ำพระยา Gua Phraya. Menurut maklumat yang diberikan oleh roh di dalam gua itu, ramai tawanan perang lari ke situ dan mati di dalamnya. Rainy berkata bahawa beliau tidak nampak sebarang tayangan gambaran di fikiran bahawa Johanne mati di dalam gua tersebut. Gua tersebut mempunyai tiga pintu masuk namun dua sahaja yang boleh digunakan. Sepanjang perjalanan mereka dapat mengesan sebanyak tiga ke empat roh berdasarkan daripada komputer pengesan roh yang dibawa oleh James. Mereka adalah roh tawanan perang bangsa caucasia yang lari namun mereka cedera. Mereka mati bersandar-sandar di situ akibat ditembak oleh tentera Jepun. Kemudian, mereka melalui ถ้ำปู่ฤษี Gua Resi. Banyak sekali roh di dalam gua-gua ini yang mati sejak zaman raja Naresuan dari kerajaan Sri Ayutthaya sehingga ke zaman Perang Dunia Kedua. Rainy juga nampak muka kecil yang mengikuti mereka sejak mereka masuk dari awal. Menurut Rainy muka kecil tersebut memberitahu bahawa dia adalah penghuni gua dan mendapatkan pahala serta persembahan dari pelawat. Mereka melukiskan rupa makhluk halus tersebut. Ia nampak seperti Gollum dalam cerita J.R. Tolkien. 

Dalam gua tersebut ada bijih besi dan juga harta yang disembunyikan oleh tentera Jepun. Rainy memberitahu kepada makhluk halus yang memberikan maklumat kepada mereka itu supaya merahsiakan sahaja maklumat harta yang disimpan tentera Jepun di situ kerana bimbang orang luar akan mengambil harta milik gua tersebut. Roh resi yang berusia 200 tahun di situ memberitahu Rainy bahawa ada bhiksu pengembara, resi dan raja naga (ular) besar berwarna hitam di kawasan mereka sedang berdiri itu.

Di bahagian terakhir mereka bersembang itu, Boy mengajak rakan-rakan petugas pengambaran rancangan itu naik ke atas mengikut jejak yang ditinggalkan oleh roh Johanne. Dalam perjalanan naik ke atas, mereka lalu di ถ้ำพ่อปู่ฤษี Gua Tuk Wan Resi. Rainy memaklumkan resi di dalam itu meminta supaya anak-anak muridnya mendirikan berhala sembilan resi di dalam gua itu. Di situ ada:

  • ปู่ฤษีตาไฟ Datuk Ta Fai
  • ปู่สมิงพราย Datuk Saming Prai
  • ปู่ตาวัว Datuk Ta Wua
  • ปู่นารอด Datuk Narod
  • ปู่ฤษีมหาฤษี Datuk Resi Maharesi
Di gua ini, pengunjung boleh meminta berkat untuk mendapatkan anak. Ada roh budak kecil di situ memeluk kaki Boy kerana ingin menjelma menjadi anak Boy. Rainy memberitahu bahawa jika roh di dalam itu mempunyai pahala yang berhubung dengan seseorang, mereka boleh sangkut kepada orang tersebut dan menjelma menjadi keluarga orang itu. Roh-roh di situ ada yang meninggal semasa kanak-kanak. Jadi, mereka boleh melaraskan diri mereka menjadi rupa kanak-kanak. Selain itu, Boy juga sudah membuat pahala membaca doa di merata-rata tempat di dalam gua itu sehingga roh-roh di situ tertarik mengikutnya. Cara untuk meminta zuriat di gua tersebut adalah pergi meminta berkat dahulu di bilik yang menempatkan Buddha berbaring. Sesudah itu, masuk ke kawasan gua resi dan berniat sahaja. Jika pahala bertautan maka bolehlah orang yang memohon itu mendapat anak.
 
Jadi, mereka sudah melalui hampir sembilan gua di situ namun Rainy tidak nampak langsung roh Johanne. Rainy memaklumkan bahawa beliau berasa pelik kerana selalunya apabila beliau melalui kawasan yang kes pembunuhan, beliau pasti akan mendapat gambaran peristiwa pembunuhan tersebut. Rainy berkata bahawa roh Johanne boleh masuk ke tempat mereka sedang berada namun di dalam gua itu sudah penuh dengan roh orang mati dan roh dari alam sekitar.