Persiapan sebelum ke Krabi

Aku sudah pun membuat tempahan tiket kapal terbang untuk ke wilayah Krabi pada 3 Jun 2018. Penerbangan pergi pada 16 Jun 2018 akan mengambil masa selama satu (1) jam 20 minit. Penerbangan balik pula pada 20 Jun 2018. Namun, terdapat sedikit masalah kerana aku telah tersilap tempah tiket balik. Masa penerbangan terlalu awal dan aku bimbang aku akan terlepas penerbangan. Jadi, eloklah aku buat reschedule dahulu menggunakan aplikasi Traveloka.

Untuk masa ini baik aku bersedia untuk pergi melancong di Krabi dan jangan berfikir banyak-banyak kerana aku perlu melupakan keserabutan hidup ini untuk menjaga kesihatan.

Senarai Keperluan
  • Tukar matawang Ringgit ke Bhat di Malaysia
  • Buat overseas ATM di mesin
  • Kemaskan pakaian dan beg
  • Cetak keluar segala maklumat mengenai wilayah Krabi
  • Simpan nombor telefon kedutaan Malaysia di Bangkok dan konsul di Songkhla
  • Periksa hotel atau hostel di bandar Krabi dan yang berdekatan dengan pantai
  • Buat senarai tempat yang utama untuk dilawati dulu bagi mengelakkan pembaziran masa 
Aku cuba menghubungi kenalan-kenalan yang tinggal di Krabi melalui media sosial namun nampaknya kurang berkesan sebab mereka ini macam ada attitude atau act sedikit. Jadi, selepas itu aku malas hendak hubungi mereka lagi kerana ini adalah kali kedua aku terkena. Kenalan media sosial yang baik dan memang pernah jumpa dengan aku adalah abang Ton dari wilayah Kon Kaen sahaja. Beliau bekerja di pejabat penerangan wilayah Phuket. Beliau terus hubungi aku sebaik sahaja menyedari bahawa aku berada di Phuket melalui aplikasi instagram aku.