Kursus Bahasa Siam

Laman ini aku sediakan bagi tujuan rekod rujukan aku untuk mendapatkan maklumat berkenaan pelajaran bahasa Siam atau bahasa Thailand. Hal ini kerana bahasa Siam adalah bahasa yang kedua atau pun mungkin ketiga yang paling banyak dituturkan di negeri asal aku sama ada sebagai bahasa ibunda atau sebagai bahasa perhubungan. Namun, ia tidak termasuk dalam sebarang laporan semasa Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948 dan kemerdekaannya pada tahun 1957. 

Dalam bahagian ini, aku akan menggunakan istilah bahasa Siam bagi merujuk bahasa Thai kerana bahasa Siam adalah satu-satunya bahasa rasmi di negara Thailand. Jadi, laman ini akan dibiarkan sebegini dahulu sehinggalah idea baru aku muncul dan aku akan menyuntingnya lagi dan lagi.