Memaparkan catatan dengan label mistik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mistik. Papar semua catatan

Ahad, 24 Mac 2024

Kepercayaan Mistik di Selatan Thailand




Topik dalam masukan dalam program podcast di atas itu sebenarnya lebih menyentuh kepada kepercayaan mistik penduduk di Selatan Thailand yang majoritinya beragama Islam. Hal ini turut menyentuh mengenai kepercayaan karut yang wujud sebelum kemasukan agama Islam di wilayah Selatan Thailand.

Rujukan

Khamis, 10 Disember 2020

Lagenda Wat Gua Bukit Batu Kapur

 

Apa khabar rakan-rakan yang tidak aku kenali sekelian? Bagaimanakah keadaan pandemik Covid-19 di negara anda? Pandemik Covid-19 di negara aku kini sudah masuk peringkat keempat atau mungkin lebih daripada lima peringkat. Aku pun sudah tak tahu dan malas untuk mengambil tahu lagi.

Pada saat ini, internet dan aplikasi atas talian (online) memang mendapat tempat di hati masyarakat dunia. Orang ramai menghabiskan masa mereka menonton Youtube, Netflix, Iflix, TV online dan bermacam-macam lagi saluran alternatif untuk menghilangkan kebosanan apabila terkurung di rumah akibat tempoh kawalan pergerakan. Aku pun begitu juga. Aku menonton saluran-saluran berkenaan dengan alam ghaib seperti hantu, roh dan sebagainya. Salah satu rancangan yang aku minati berkenaan dengan alam ghaib dari negara Thailand adalah ช่องส่องผี Chong Song Phee yang bermaksud rancangan mengintai hantu. Aku akan berikan review lanjut dalam ruangan berasingan. 

Di sini, aku ingin mengabadikan tentang apakah yang ditemui oleh rancangan seperti yang disebutkan itu dalam penjelajahan mereka memandangkan mereka tidak menyediakan sari kata dalam bahasa Inggeris untuk tontonan masyarakat antarabangsa.

Tonton rancangan secara atas talian di EP. 32 Lagenda Gua Bukit Batu Kapur di negeri Kanchanaburi, Thailand. Sila klik di sini tapi aku terpaksa memohon maaf kerana tiada sari kata dalam bahasa Inggeris. Maklumat yang aku konsikan di sini adalah maklumat yang dipetik dari rancangan ini. Sekian, terima kasih.   

Ahad, 1 Oktober 2017

Penglipurlara di Thailand


Penglipurlara Thailand adalah satu rangkuman kepercayaan tradisional yang dipegang oleh orang Thai. Kebanyakan penglipurlara ini mempunyai latarbelakang rantau dan wilayah yang bertumpu di pedalaman. Masa yang berlalu dan juga pengaruh media di Thailand, kebanyakan bahagian daripada penglipurlara ini turut diketengahkan dalam kebudayaan popular di Thailand.

Phraya Anuman Rajadhon (1888-1969) merupakan sarjana Thailand pertama yang mengkaji penglipurlara tempatan secara serius. Beliau turut menyediakan catitan berkenaan dengan butiran kebudayaan masyarakat di sekelilingnya seperti tangkal-tangkal yang digunakan oleh pekedai-pekedai Thai untuk menarik pelanggan. Beliau turut mengkaji secara mendalam lagi sastera lisan berkaitan dengan semangat-semangat dari kampung-kampung serta kisah hantu orang Thai.
Source Pic: Six Asian Comedy Movies for Scaredy-Cats, Asianfixations