Pengenalan: Thailand

Thailand berkongsi sempadan dengan Kemboja, Laos, Malaysia dan Myanmar. Walaupun Thailand bersifat monarki berperlembagaan, namun ia telah beranjak dari sistem demokrasi parlimen kepada junta tentera sejak dasawarsa yang lalu.

Populasi di Thailand terdiri daripada 95.9 peratus warganegara Thai manakala 4.1 peratus daripada pula ialah warganegara Burma, lain-lain dan tidak dapat dikenalpasti. Satu-satunya bahasa rasmi di Thailand ialah bahasa Thai yang digunakan sebagai medium penyampaian pendidikan dan kerajaan. Ia dituturkan di seluruh negara. Agama rasmi Thailand ialah agama Buddha aliran Theravada. Ia menjadi bahagian bersepadu dalam identiti Thai serta kebudayaannya. Thailand mempunyai masyarakat yang majmuk dengan kepelbagaian budaya, etnik dan agama. Budaya Thai juga dibentuk oleh banyak pengaruh dari sekelilingnya seperti budaya India, Lao, Burma, Kemboja dan China.

Thailand bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa dan serantau. Ia juga merupakan anggota ASEAN yang aktif serta mempunyai hubungan yang rapat dengan negara anggota ASEAN lain seperti Indonesia, Malaysia, Filipina dan Singapura.

Thailand mula muncul sebagai ekonomi, negara industri baru dan pengeksport produk terbesar pada tahun 1990an. Sektor ekonomi seperti pembuatan, pertanian dan pelancongan menjadi faktor peneraju ekonominya. Selain itu, Thailand turut mengalami kadar pertumbuhan ekonomi tertinggi dari tahun 1985 hingga tahun 1996 puratanya sebanyak 12.4 peratus setiap tahun. Namun, disebabkan ketidakstabilan politik maka ekonominya mula mengalami kejatuhan dan bergerak pada kadar 4.5 peratus sahaja pada tahun 2010. 

Thailand menjadi ekonomi kedua terbesar di Asia Tenggara selepas Indonesia dan negara bangsa yang keempat terkaya dari segi pertumbuhan GDP selepas Singapura, Brunei dan Malaysia.