14 Disember 2025 - Melawat Ayutthaya

 


Aku bangun pun dah lewat terasa malas sebenarnya hendak keluar ke mana pun. Hari ini Tom ingin membawa aku berjalan di Istana Wang Pa-In di wilayah Ayutthaya. Tapi dia membawa aku ke Pan-Thai iaitu kedai kopi konsep di pekan Rangsit, Pathum Thani berdekatan dengan rumahnya. Tom memesan dua kopi Americano kerana aku minta minuman yang sama bagi mengelakkan belanja yang mahal sebab dia yang membayar harga kopi di kaunter. Aku memandang keluar tingkap dan terpandang Kedai Boat Noodle Makcik Sri yang kami makan tengah hari di situ semalam. Kemudian, aku memberitahu Tom bahawa aku ingin pergi ke Ubon Ratchatani bertemu senior aku.

Tom memaklumkan bahawa penerbangan VietJet yang aku tempah itu perkhidmatannya sangat teruk. Ia selalu lewat atau membatalkan penerbangan dengan sesuka hatinya. Disebabkan aku telah berjanji dengan abang Lek maka aku pun mengelupur dan berubah fikiran ingin membeli tiket kereta api. Tom memberitahu bahawa aku boleh membeli tiket kereta api di mana-mana saja stesen kereta api dan menentukan stesen di mana yang aku ingin bertolak. Jadi, aku maklumkan kalau nampak stesen kereta api nanti berhentilah di mana-mana kerana aku berubah fikiran nak menaiki kereta api pula. Rugilah RM 500.00 aku terbang begitu saja tapi aku malas hendak menceritakan mengenai hal itu kepada Tom mahu pun kepada abang Lek di Ubon sana.