Kuala Lumpur, Malaysia
Aku telah bersiap sedia dengan satu fail yang berisi dengan maklumat-maklumat penting penerbangan dan juga maklumat mengenai tempat-tempat di wilayah Krabi. Sekitar jam 10.00 aku berjalan kaki selama 15 minit ke Putrajaya Sentral untuk mendapatkan ERL ke KLIA 2. Harga tiket dari Putrajaya ke KLIA 2 adalah sebanyak RM 9.40 bagi perjalanan sehala. Perjalanan dari stesen transit Putrajaya ke stesen transit KLIA 2 mengambil masa kira-kira 25 - 30 minit.

Aku membawa dua beg. Satu adalah bagasi kecil berisi pakaian dan extension plug kerana aku sering mendapati bahawa plug yang berada di hotel-hotel berada jauh dari katil tetamu. Jadi, aku memerlukan jam dari telefon dan telefon selalu ditempatkan di meja berdekatan dengan katil bagi membolehkan aku mendengar bunyi penggera untuk bangun pagi.
Sampai di KLIA 2 aku terus pergi untuk check-in sendiri di mesin yang mengeluarkan pas masuk kapal terbang kepunyaan Syarikat Penerbangan Air Asia. Ia mengeluarkan pas masuk yang berbentuk kertas cabuk dan juga tag untuk bagasi yang dimasukkan ke kargo. Kemudian aku pergi balut beg aku dengan plastik kononnya untuk keselamatan. Aku dicas dengan harga RM 20.00 oleh budak yang sedang lapar itu. Kebetulan budak itu sedang makan KFC dan dia pun membuat kerja dalam keadaan lapar. Aku kesian sampai tidak suruh dia toreh di bahagian pelaras penarik beg aku. Kemudian timbul masalah di timbang bagasi kerana beg aku lebih 0.1 kilogram. Aku perlu ke kaunter check-in bagasi. Kemudian mereka cas aku RM 150.00 untuk tambahan sebanyak 15 kg. Celaka betul!
Kemudian, aku bergegas ke tempat menunggu untuk perlepasan. Letih aku berlari-lari mengejar masa dengan bateri telefon bimbit yang hampir mati. Telefon itu menjadi nyawa kerana ia bukan sahaja menjadi perakam gambar atau kamera. Sebaliknya juga ia menjadi jam aku. Mujur ketika sampai di pagar perlepasan terdapat masa lebih kuran 20 minit lagi sebelum orang ramai on-board. Aku duduk menunggu sebentar sehinggalah petugas memanggil penumpang untuk menaiki pesawat. Dalam pesawat aku duduk di sebelah dua orang budak Tanah Besar China. Seronoknya mereka ya dapat melancong sambil belajar. Aku semasa belajar di universiti dahulu tiada peluang sebegini. Aku tiada kawan rapat pun yang berkongsi minat merayau yang sama dengan aku. Dalam kapal aku mengisi borang ketibaan. Masa yang diambil untuk tiba di Krabi pun tidak lama. Sekitar 20 minit, kami pun sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi. Aku lihat budak-budak China itu sudah bersedia dengan kad SIM Thailand bagai. Aku cuma bergantung kepada pengetahuan lampau aku iaitu apabila masuk ke Thailand nanti aku boleh tanya kepada orang untuk menukar SIM kad atau mendapatkan teksi ke hotel. Aku sudah membuat tempahan hotel melalui aplikasi online Booking dot com.
Krabi, Thailand
Aku rasa perjalanan hari itu berjalan lancar. Cuaca pun nampak baik semasa pesawat mendarat. Aku masuk ke bahagian cap pasport Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Thailand. Masa mengecap pasport pun aku tidak menghadapi sebarang masalah. Mereka berikan rakyat Malaysia visa ketibaan selama 29 - 30 hari. Aku sudah bersedia dengan wang tunai RM 2000.00 yang telah ditukar ke matawang Baht. Selain itu, aku turut membuat CIMB Overseas dan juga membawa kad kredit sebagai persediaan kalau aku tercekik di Thailand.
Selesai cap pasport, aku mengambil bagasi di tingkat bawah. Kemudian aku mundar-mandir sekejap di lapangan terbang tersebut sebab aku bingung tak tahu nak buat apa. Aku kemudian pergi ke kaunter untuk dapatkan kad SIM Thailand dahulu.
Abang di kaunter tersebut menawarkan kad SIM berharga TB 100 atau RM 12.00 matawang Malaysia. Data yang diberikan bersama dengan kad SIM tersebut adalah data unlimited tiada had selama lima (5) atau tujuh (7) hari. Abang Thailand itu terkejut apabila melihat aku menggunakan kekunci bahasa Thai semasa dia menggodek membantu aku untuk mendaftarkan kad SIM tersebut. Dia ingat aku datang dari Kelantan. Aku memberitahu dia bahawa aku datang dari Kedah dan kampung aku memang berdekatan dengan wilayah Songkhla. Jadi, bukan perkara yang pelik pun untuk aku menggunakan bahasa Thai apabila berkomunikasi. Abang itu kemudian menunjukkan kaunter di tepi kaunter beliau. Kaunter-kaunter tersebut menawarkan tiket untuk perkhidmatan Rot Tour atau van yang membawa kita ke hotel. Aku disuruh oleh kakak kaunter Rot Tour tersebut untuk menunggu di kerusi-kerusi berdepan dengan kaunter. Harga tiket ke pekan Krabi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi adalah sebanyak 90 Baht atau lebih kurang RM 11.00.
Di situ aku bertemu dengan sepupu aku bernama Hamzil ka Hazmil. Anak pak nyang Hamdan aku. Beliau membahasakan dirinya sebagai abang membuatkan aku rasa nak termuntah, haha. Dia datang ke Krabi untuk bercuti dengan isteri dan anak perempuannya. Beliau kata beliau sudah bermastautin di Australia selama lapan (8) tahun dan isterinya pula bermastautin selama 18 tahun di sana. So, ada aku kesah kah? Kemudian kami keluar ke depan balai ketibaan lapangan terbang tersebut untuk menaiki Rot Tour. Di situ, aku menggunakan bahasa Thai kerana aku geram sangat dengan sepupu aku yang berlagak itu. Mereka akan terus ke Ao Nang sedangkan aku akan ke pekan Krabi dahulu. Lega rasanya tak sama perjalanan dengan mereka. Aku beritahu pemandu Rot Tour yang aku mahu ke Hotel Sasi. Jadi, aku diturunkan dulu di hotel tersebut. Pemandu itu sempat berbasa-basi dengan aku. Aku kata kepada beliau bahawa aku datang Thailand lama-lama sekali. Aku rindu itu sebab aku kembali semula melancong di situ.
The Sasi Guest House, Krabi, Thailand
Tak
lama selepas aku mandi dan rehat-rehat, tiba-tiba hujan turun dengan
lebat. Hujan lebat tak berhenti-henti dan aku pula terasa lapar nasi. Aku mendekati peti ais dan mencapai piring buah-buahan yang dipotong cantik-cantik itu.

Hari
itu aku rasa, aku adalah pelanggan pertama rumah tumpangan Sasi Guest
House. Kakak di bahagian penyambut tetamu itu bawa aku eksklusif ke
bilik aku. Bilik pada waktu itu nampak not bad. Ada televisyen skrin
LCD, peti ais yang berfungsi dan ruangan letak beg yang disidai dengan
kain hiasan Jepun. Tandasnya biasa sahaja. Ada air panas yang berfungsi
jadi aku suka. Penghawa dingin pun sejuk gedi. Mereka siap perasap aromaterapi lagi dalam bilik tersebut sambil sediakan buah-buahan potong di atas peti ais, haha.