Rabu, 22 Mac 2017

Pembunuhan Pembela Alam Sekitar


Aku abadikan masukan ini selepas kes pembunuhan seorang aktivis etnik tempatan di utara Thailand, Chaiyapoom Pasae, Presiden Northern Traditional Plant Preservation Network, pada 17 Mac 2017 (Jumaat). Beliau ini dibunuh oleh pihak tentera dengan alasan bahawa kereta yang dinaiki beliau dan kawan beliau mempunyai dadah jenis methamphetamine dan beliau cuba untuk membaling bom tangan kepada pihak tentera selepas berjaya melarikan diri dari tahanan polis. 

Maklumat kes pembunuhan, Chaiyapoom Pasae (klik di sini)

Thailand sebenarnya antara negara yang berbahaya bagi sesiapa yang cuba untuk melawan kepentingan orang yang berkuasa. Pihak-pihak itu mendapat keuntungan dari lombong arang batu, pembuangan sisa toksik, rampasan tanah atau pembalakan haram. 

Dalam lebih kurang 60 orang yang menyuarakan isu ini telah pun dibunuh sejak lebih kurang 20 tahun lalu. Sedikit sahaja pelaku pembunuhan yang dibawa ke muka pengadilan kerana budaya di sini mereka yang berkuasa selalunya berpeluang untuk melepaskan diri dan pembunuh upahan profesional mudah sahaja untuk dicari. Laporan pemerhati alam sekitar, Global Witness pada 2014 meletakkan Thailand sebagai negara kelapan yang berbahaya bagi pembela hak terhadap tanah dan alam sekitar. Di Asia pula, ia menduduki tempat kedua selepas Filipina. 

Pembunuhan selalunya melibatkan konflik skala kecil di kawasan-kawasan terpencil dan isunya mungkin kelihatan agak kecil untuk membawa kes pembunuhan sebegitu ke muka pengadilan. Sesetengah kes ini menerima perhatian media negara dan mangsa pembunuhan tersebut dikenali ramai. 

Rujukan