Aku memulakan perjalanan ke Thailand pada tarikh 21 Disember 2017 dengan macam-macam fikiran juga. Otak aku serabut dengan kehidupan di KL. Aku sebenarnya tidak berniat untuk tinggal di KL namun aku terpaksa juga tinggal di sini dan bekerja di sini kerana satunya negeri aku tak ada kerja yang sesuai. Keduanya, keluarga aku enggan relocate semula di Kedah. Mereka sudah memaksa bapa aku membeli rumah di wilayah persekutuan. Selain itu, aku sudah sangkut dengan kerja dan masalah kewangan, maka harapan aku untuk sekurang-kurangnya balik semula sampai ke Penang pun hancur. Aku cuba beberapa kali untuk pulang ke Kedah namun gagal. Seperti rakan rapat aku sebut. KL ini bukannya tempat kita. Tempat kita di Kedah. Sebenarnya, bapa aku dan aku sendiri pun berfikiran begini sejak dulu lagi. Kami letih merempat dan membangsat di negeri orang lain.
Aku mengambil bas Konsortium. Bas tersebut bertolak pada 22 Disember 2017 iaitu sekitar jam 12.30am. Walaupun pada tiket dicatatkan yang bas sepatutnya bertolak pada 21 Disember 2017 pada jam 10.30pm. Untuk persiapan awal aku itu, bolehlah klik di sini saja.
Aku fikir, aku hanya berada di Thailand selama empat (4) hari dan tiga (3) malam sahaja kerana aku risau aku akan melangkaui cuti yang dipohon dan risau dengan kerja yang tak pernah kunjung habis.
Berikut adalah tempoh aku berada di Thailand kerana keserabutan otak aku:
Aku pergi ke Thailand menggunakan kenderaan darat. Aku pulang semula ke Malaysia melalui wilayah Satun dan Langkawi di Malaysia. Perkhidmatan kad kredit aku telah sangkut kerana aku menggunakan nombor Thailand dan aku mendaftarkan nombor aku di Malaysia pada semua perkhidmatan perbankan. Aku telah dibantu oleh saudara-saudari di jeti Tammalang, Satun. Di sini, aku telah mempelajari bahawa aku mesti bersembang dengan orang sekeliling apabila aku berjalan keseorangan walaupun kadang-kadang aku tidak berani untuk percaya kepada orang.
Oleh: 'Yim' V. A.
Buka catitan: 29 Disember 2017
Oleh: 'Yim' V. A.
Buka catitan: 29 Disember 2017