Ahad, 29 Oktober 2017

Dukacita untuk Thailand


Tanggal 26 Oktober 2016 (Khamis) tempoh hari, Raja kerajaan Thailand, Raja Rama IV diberikan penghormatan negara oleh kerabat diraja dan rakyat baginda. Aku mengikuti upacara penyemadian diraja tersebut melalui media massa seperti Facebook sahaja. Upacara penghantaran baginda ke keinderaaan itu bermula pada jam 1035 waktu Thailand bersamaan dengan jam 1135 di Malaysia.

Yang boleh dipuji pada upacara penyemadian baginda ini adalah pertunjukan kebudayaan Ramayana dan Wayang Orang dipaparkan kepada delegasi-delegasi asing serta rakyat di seluruh dunia. Persembahan ini adalah satu usaha murni yang boleh memelihara kebudayaan orang Siam dalam menempuhi era globalisasi tanpa sempadan ini.

Hubungan antara Kedah iaitu negeri kelahiran aku dengan negara Thailand boleh dikatakan agak rapat. Baginda Raja Rama IV pernah ke Malaya pada tahun 1962 untuk pentahbisan biara di Petaling Jaya sana. Lawatan baginda cuma sekali itu sahaja dan baginda disambut oleh Seri Paduka Agong pada ketika itu, Raja Perlis, Tuanku Syed Putra Jamalullail dari satu lagi negeri di utara Semenajung yang pernah berhubungan rapat dengan Bangkok.

Sebagai kenangan walaupun patik cuma rakyat bekas tanah Siam yang bertahan setakat zaman baginda Raja Rama V, namun patik tetap ingin menyampaikan rasa sedih dan menyampaikan sembah dukacita kepada kerabat diraja wangsa Chakri serta saudara-saudari rakyat Thailand. Patik berharap agar Tuanku tiba di tempat yang lebih baik di Indraloka sana. Semoga jerih payah yang dilalui Tuanku dan kerabat Tuanku terbalas dengan kemakmuran serta kebahagiaan kepada negara Tuanku.  

Rujukan video:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan