Baru-baru ini aku telah ditawarkan untuk mengikuti kawan-kawan sekerja dari tingkat atas untuk menyertai kerja lapangan mereka dalam menyediakan laporan dalaman untuk organisasi aku bekerja. Disebabkan pemandu pejabat ramai yang bercuti kerana tidak sihat, unit tersebut menyewa kenderaan pelancong luar. Abang yang membawa kami ke Penang itu agak 'cool'.
Kami bertolak dari KL pada jam 9:00 dan sampai ke Penang sekitar jam 16:00. Kami singgah di kawasan rumah pangsa di Bagan Ajam, sebelah Seberang Perai dulu. Budak-budak unit itu mahu menemui NGO yang menawarkan bantuan untuk akses kepada komuniti yang ingin direkod pengalaman mereka itu. Kemudian, selesai kami ke Pulau Pinang dan sampai sekitar waktu Maghrib di hotel penginapan.
Haaa, di sebelah Penang ini lah tumpuan rekod aku di sini. Bukannya pasal kerja tersebut sangat pun. Kami menginap di Hotel Gurney Resort Hotel and Residences. Harga ikut kadar sewaan semalam kakitangan kerajaan bagi bilik Queen adalah RM180.00 satu malam. Tiga malam, aku periksa pada senarai harga mereka, adalah sebanyak RM360.00. Ia disertai dengan sarapan pagi bagi dua hari.
Bilik tersebut ada tandas yang mempunyai satu tab mandi. Satu ruangan mandi berdinding kaca. Pada hari pertama aku masuk ke bilik tersebut, bekalan airnya termasuk sistem air panasnya ok. Tapi hari kedua, bekalan air dan sistem air panasnya bertukar menjadi haram jadah. Jambannya kelihatan murahan. Ada satu televisyen, dua penghawa dingin dan katil Queen. Bilik airnya mempunyai tingkap yang berbidai. Aku boleh melihat katil dalam bilik dari tingkap bilik air tersebut. Penginap diberikan dua kad dan juga kata kunci untuk wifi internet di hotel.
Review aku mengenai hotel penginapan aku ini boleh didapati di sini.
Review aku mengenai hotel penginapan aku ini boleh didapati di sini.
Aku banyak berjalan di sebelah Gurney Drive untuk mencari makanan. Bos unit yang aku ikut itu ada mengajak aku makan bersama tapi disebabkan aku sudah keluar maka aku cari makan seorang-seorang sahaja. Malam yang kedua itu, aku makan di Wendy's Burger yang di belakang medan selera Gurney Drive. Untuk gambar hari pertama gerai-gerai makanan di Gurney Drive, boleh diakses di sini. Ada gerai-gerai makanan seperti ikan bakar segar, nasi lemak ayam, laksa Penang, pasembur dan bahagian makanan Cina yang tidak halal di sebelah bahagian makanan halal.
Review aku di Gurney Drive, sila klik di sini.
Abang driver itu berhenti sebentar di Chowrasta untuk sesi penumpang iaitu kakak-kakak dan abang unit aku sertai itu membeli belah barangan cenderamata dan jeruk. Banyak gerai Cina di situ. Ada jual barangan seperti makanan Cina tempatan, barangan keperluan harian dan runcit serta barang kerohanian Cina seperti tangkal dan sebagainya. Boleh klik di sini untuk mengakses gambar kenangan yang aku sempat ketik di Chowrasta.