Ahad, 5 Februari 2017

Perancangan Cuti Hari Raya di Siam 2017

Aku merancang ingin melancong ke Phuket di Thailand sejak dari tahun lepas lagi. Tiket pun aku sudah tempah dari Air Asia namun syarikat penerbangan bangang itu telah membatalkan penerbangan aku dan juga aku pula dengan malunya terpaksa membatalkan tempahan hotel aku di kawasan Muang Thalang. Selepas itu, aku cuma mengambil tiket bas ke Hadnyai sebelum ke Satul untuk menghabiskan saki baki cuti aku yang hancur itu.

Selepas aku berkenalan dengan seorang Siam Muslim, aku mendapati bahawa wilayahnya yang terletak di tanah besar bertentangan dengan wilayah Phuket itu juga agak menarik. Mungkin cara dia ambil gambar, kamera mahal sewa-beli dan suntingan di aplikasi instagram itu membuatkan orang tergoda. Namun, aku boleh cuba pastikan sendiri. 

Wilayah Songkhla
Wilayah Satun
Wilayah Phuket
Wilayah Phang Nga
Ada beberapa wilayah lain lagi di Selatan Thailand yang aku ingin lawati namun aku perlu pastikan aku ada cukup masa dan juga kemudahan kenderaan awam ke sana. Boleh buat rujukan di laman arkib Youtube juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan