Perdana menteri Thailand, Prayuth Chan-o-Cha, mengarahkan supaya siasatan dibuka bagi pembunuhan extra-judicial yang berlaku terhadap Chaiyapoom Pasae, Presiden Northern Traditional Plant Preservation Network.
- Chaiyapoom, dibunuh ketika berusia 17 tahun di Chiang Mai.
- Siasatan akan memberikan kepastian sama ada mangsa ditembak oleh tentera kerana kegiatan aktivisnya atau kerana kegiatan jenayah.
- Jurucakap tentera, Kol. Winthai Suvaree mengeluarkan "laporan insiden tentera" dan membuat dakwaan bahawa tentera menemui 2,800 pil methamphetamine dalam kereta yang dinaiki oleh Chaiyapoom dan rakannya, Pongnai Saengtala.
- Kol. Winthai mendakwa bahawa mereka berjaya menahan rakan Chaiyapoom, namun Chaiyapoom melarikan diri dan didakwa cuba untuk melempar bom tangan ke arah pihak tentera. Keadaan itu menyebabkan tentera menembaknya sebagai tindakan pertahanan diri.
- Pihak polis menahan tentera yang menembak Chaiyapoom selepas dia menyerah diri di balai polis daerah. Tentera tersebut disabitkan dengan kesalahan membunuh. Tiada sebarang maklumat mengenai tentera tersebut termasuk pangkatnya didedahkan.
- Aktivis hak asasi manusia termasuklah Network of Indigenous Peoples of Thailand menghentam pihak berkuasa dan negara kerana mempertahan tindakan tentera tersebut.
- Pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan Thailand diminta untuk masuk campur dan memantau tempat kejadian bersama dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan bukti.
Sumber: Bangkok Post, 22 Mac 2017