Kisah-Kisah Penglipurlara

Kisah-kisah penglipurlara dan kisah lagenda di Thailand digunakan oleh orang-orang tua untuk memupuk kepercayaan dalam diri generasi muda. Kebanyakan cerita mengandungi ajaran-ajaran tatasusila yang menekankan kepentingan tradisi dan memaparkan contoh supaya golongan tua, ibu bapa dan mereka yang berpangkat tinggi dihormati. Kisah dunia roh diceritakan kepada kanak-kanak supaya mereka lebih berhati-hati, tidak merayau-rayau di waktu malam dan menghormati adat istiadat yang melibatkan upacara kematian serta menekankan kepentingan sembahan.

Banyak kisah ini didasarkan kepada teks-teks ajaran Buddha sendiri. Sesetengah kisah ini juga datang dari sastera klasik Thai seperti:
  • ขุนช้างขุนแผน Khun Chang Khun Phaen; dan
  • ลิลิตพระลอ Lilit Phra Lo
Kisah Phra Aphaimani juga adalah kisah epik Thai yang berasal dari tradisi penglipurlara tempatan di Thailand.

Di seluruh Thailand, terdapat juga kisah-kisah tempatan yang dikaitkan dengan ciri-ciri muka bumi di situ seperti kisah ดอยนางนอน Doi Nang Non, Wanita Tidur di Gunung dan lagenda pembentukan Khao Sam Roi Yot melibatkan gunung serta pulau.

Tradisi Rakyat melibatkan Ajaran Buddha

Kisah-kisah Jataka seperti Vessantara Jataka, Saudari 12 dan Putera Samuttakot (Samuddaghosa) memberi inspirasi kepada penglipurlara tradisional di Thailand. Jataka-jataka ini diceritakan semula, digubah semula atau diringkaskan bagi menyesuaikannya dengan kebudayaan tempatan di rantau Thailand, Burma, Kemboja, Malaya dan Indonesia. Kesannya, kisah-kisah ini dikenali sebagai kisah penglipurlara di rantau dalam negara tersebut. Selalu juga negara-negara ini kemudian membuat klaim bahawa kisah-kisah tersebut adalah pencapaian kebudayaan mereka walaupun ia berasal dari ajaran Buddha yang datang dari rantau Nepal dan India.  

Contoh kisah-kisah dari Jataka ini adalah seperti berikut:
  • Sang Thong atau Suvannasankhajataka
  • Honwichai dan Kawi
  • Sri Thanonchai
  • Ongkhuliman atau Angulimala
  • Nariphon
Gambaran mengenai seksaan dalam neraka kadang kala dilakarkan pada dinding atau bentuk-bentuk penceritaan lain di kuil-kuil Buddha di Thailand.