Pelajaran 1

Vokal Dua Suku Kata

Dalam bahasa Siam, kita sebut sebagai การสระคำ สอง พยางค์ kān sarak kum song payāng.  Maksudnya vokal dua suku kata. Aku tak tahu bagaimana nak menjelaskannya. Aku belajar macam ini, maka yang keluar pun macam ini lah.
  • เ_ีย เอีย
  •  _ัว  อัว
A. Vokal เอีย
  • เลีย jilat (ลอ + เอีย)
  • เสีย membazir (สอ + เอีย)
B. Vokal อัว
  • รัว terus-terus (รอ + อัว)
  • วัว lembu (วอ + อัว)
Gunakan perkataan berikut untuk pecahkan suku kata vokal pada flash card. 
  • งัวเงีย mengantuk
  • ใบบัว daun teratai
  • โถยา mangkuk ubat
  • เปียคู่ tocang
  • ศาลา gedung
  • ใจดี baik hati
Mohon maaf kerana aku malas hendak menaip tulisan rumi untuk transliterasi huruf-huruf bahasa Siam. Boleh gunakan carta huruf bahasa Siam dan gunakan untuk belajar membaca dahulu. Pelajaran ini adalah pelajaran budak sekolah rendah darjah satu.  

Rujuk pelajaran seterusnya untuk penerangan maksud bagi perkataan-perkataan di atas. Perkataan-perkataan di atas boleh dipecahkan kepada empat suku kata lagi.