Semangat atau hantu disebut sebagai ผี phī. Hantu di Thailand boleh ditemui di kawasan-kawasan seperti pokok-pokok, tapak pengebumian dekat biara Buddha, rumah-rumah tinggal atau rumah berpenghuni, gunung-gunung dan hutan.
Banjaran Phī Pan Nām ทิวเขาผีปันน้ำ yang merujuk kepada semangat-semangat yang memisahkan air dijadikan nama rujukan bagi persimpangan Sungai Mekong dan Sungai Chao Praya. Banjaran ini dinamakan sempena semangat-semangat atau roh-roh yang berdiam di pergunungan itu.
Sanggar Semangat ศาลพระภูมิ adalah satu tokong kecil yang dijadikan rumah untuk penunggu kawasan. Ia biasanya dibangunkan dekat dengan pokok-pokok, kawasan semak, dekat dengan bangunan atau rumah dan juga di kawasan bandar. Mengabaikan tapak-tapak itu dipercayai boleh memberi malang. Sajian diletakkan di situ oleh orang-orang yang tinggal berdekatan.
Kepercayaan tempatan mengenai semangat yang berkeliaran di kampung-kampung pada malam hari turut dikaji oleh Phraya Anuman Rajadhon. Kebanyakan semangat-semangat ini tidak diwakili oleh lukisan. Oleh itu, kebanyakan cerita mengenai mereka ini hanya berdasarkan kepada tradisi lisan.
Panggung wayang, cerekarama dan komik-komik di Thailand telah menyumbang kepada terkenalnya lagenda serta kisah-kisah mengenai semangat-semangat yang wujud dalam kepercayaan tempatan di Thailand.
Phraya Anuman Rajadhon berpendapat bahawa kebanyakan ikonografi kontemporari mengenai hantu-hantu dalam lagenda tempatan itu berasal dari filem-filem Thai klasik. Kebanyakan semangat-semangat atau hantu yang terkenal ini muncul selalu dalam buku-buku serta dalam filem seperti filem animasi Nak untuk kanak-kanak. Antara hantu yang terkenal adalah seperti berikut:
- เจ้ากรรมนายเวร roh orang yang pernah berhubungan dengan seseorang dan duduk atas tengkok orang
- กระหัง dan กระสือ iaitu hantu penanggalan atau balan-balan seperti di Sabah sana
- แม่นาก hantu wanita mati bersalin
- ผีอำ hantu yang menindih dada orang semasa tidur
- ผีหัวขาด hantu putus kepala
- ผีพราย hantu air betina
- ผีโพง hantu jahat yang berbau busuk selalunya berdiam di tempat gelap dan berpohon rimbun
- ผีปอบ hantu betina jahat yang memamah isi perut orang yang dirasuk
- ผีสองนาง hantu betina yang menggoda lelaki dan kemudian menyerang serta membunuhnya
- ผีตายโหง hantu orang yang mati akibat kemalangan atau mati secara tiba-tiba
- ผีตายทั้งกลม hantu betina bunting yang membunuh diri serta ditinggalkan kekasihnya semasa hidup
- ผีทะเล mambang laut
- เปรต hantu lapar
- นางไม้ hantu pokok atau peri yang berdiam di pokok-pokok seperti นางตะเคียน dan นางตานี iaitu hantu betina yang muncul pada pokok pisang pada malam bulan mengambang
Aku telah menonton beberapa filem yang memang bermotifkan cerita-cerita hantu seperti yang disebut di atas. Aku rasa filem-filem tersebut agak menarik. Ada yang memang seram dan ada yang seram tetapi lawak.