Seorang bekas sami Buddha yang mengakui kesalahan membunuh Johanne Masheder semata-mata kerana ingin merompak wang wanita berkenaan juga pernah disabitkan kesalahan kerana merogol seorang pengembara wanita dari Austria tiga hari sebelum beliau disabitkan dengan kesalahan membunuh Masheder.
Yodchart Suaphoo, 21 yang dikenali dengan nama samaran 'Harimau' telah dicabut dari kedudukan sebagai sami selepas diiringi keluar dari wat tempat beliau bersemadhi pada pagi Ahad. Wartawan dari serata dunia membuat liputan berita berkenaan dengan lelaki berkenaan.
Polis memaklumkan bahawa Suaphoo menghadapi hukuman mati jika beliau disabitkan bersalah walaupun beliau mengaku tidak bersalah. Di Thailand, nyawa dibalas dengan nyawa kecuali jika Raja memberikan pengampunan.
Pada awal pagi ini, ketika ibu bapa Johanne yang bersedih dan kecewa kembali ke London. Sami-sami lama yang berkhidmat di wat tersebut turun ke gua Wat Tham Khao Phoon dan membaca mantera sepanjang hari serta menyedekahkan pahala kepada roh Johanne supaya beliau berada dalam keadaan selesa di 'alam akhirat'.
Mungkin juga mereka membaca mantera untuk reputasi kesamian di Thailand. Di bawah kisah pembunuhan Johanne dan gambar-gambar mayat beliau yang menyayat hati yang terpampang di muka hadapan akhbar Thai Rath di Bangkok hari ini pula gambar dua sami Thai yang terbaring bersebelahan dengan batu kubur. Menurut ceritanya, sami-sami tersebut saling berbunuhan dengan pisau dan pistol di Nakhon Si Thammarat, Selatan Thailand akibat berebut wang.
Penduduk Thailand dari pelbagai peringkat dan latarbelakang turut menyuarakan kesedihan dan rasa terkejut berkenaan dengan kes pembunuhan yang berlaku itu. Menurut mereka hal ini menyebabkan imej negara mereka tercalar. "Sekiranya orang ramai tidak selamat di dalam kawasan wat, tidak selamat dari sami yang sepatutnya menjadi pemandu spiritual, di manakah lagi kita akan mendapat keselamatan?" Beginilah maklum balas yang rata-ratanya diberikan oleh orang ramai. Menjelang senja hari ini, Suaphoo diminta menanggalkan pakaian sami dan dibawa keluar dari lokap di balai polis Kanchanaburi dengan bergari. Beliau dimasukkan ke dalam bas mini dan diiringi oleh lapan kereta polis ke ibu pejabat polis di Jalan Rama 1, Bangkok.
Di tingkat 12 ibu pejabat polis itu, suspek dibawa ke sidang media oleh Tuan Pote Bunyachinda, Ketua Polis Thailand. Berdasarkan skrip yang dibaca itu, beliau memaklumkan bahawa Yodhacrt adalah seorang penagih dadah jenis amphetamine dan beliau menawarkan untuk menunjukkan gua rahsia yang menjadi lokasi pembunuhan Johanne dalam usaha untuk merompaknya.
Menurut maklumat yang diterima dari siasatan polis, Yodchart menolak wanita itu ke dalam jurang gua ketika wanita itu sambil merampas pek kecil dan kamera wanita itu. Kemudian, dia turun ke jurang dengan menggunakan tali bagi memastikan wanita itu sudah mati. Beliau kemudian mengubah mayat wanita itu ke lokasi yang tidak kelihatan oleh orang ramai.
Sidang media turut mendedahkan bahawa Suaphoo sebelum itu juga sudah dipenjarakan selama dua setengah tahun kerana kesalahan merogol Inge Holecek, pelancong wanita warga Austria. Selain itu, beliau juga pernah disabitkan kesalahan semasa zaman remaja kerana merompak. Di hadapan meja sidang media, sisa barangan milik Johanne dipamerkan kepada media. Terdapat kad kredit yang sudah terbakar, kunci hotel, kad telekom New Zealand dan buku London Fields oleh Martin Amis.
Polis juga menunjukkan kesan cakaran di bahu Suaphoo yang diakui olehnya sendiri adalah kesan cengkaman dari wanita tersebut sebelum wanita itu jatuh lalu mati. Polis juga mendedahkan dalam masukan diari terakhir pada 9 Disember 1999 bahawa beliau pergi ke Wat Tham Khao Poon atas cadangan yang diberikan oleh Cik Naree, rakannya yang juga seorang guru. Beliau menulis bahawa beliau akan mendaftar keluar dari hotel kemudian.
Kolonel Varathep Mathawat, Ketua Bahagian Siasatan Imigresen yang berdiri di sebelah Jeneral Bunyachinda pula memaklumkan bahawa 'Team 1' yang diketuai oleh beliau bersama dengan En. Stuart Masheder telah menjalankan pencarian Johanne dari Chiang Mai di utara sehingga ke Koh Samui dan Koh Pangan di selatan. Pencarian juga dibuat di timur Bangkok bagi mengesan lokasi Johanne.
Polis gagal mengesan kerana tiada sebarang jejak yang ditinggalkan sehingga kes tersebut ditutup selama 12 jam. Tiba-tiba seorang wanita bernama Naree, guru bahasa Inggeris menghubungi polis dan menyatakan bahawa beliau mengecam gambar Johanne yang disiarkan itu. Kolonel tersebut tidak berasa gembira langsung walaupun selepas mayat Johanne ditemui dan pengecaman dijalankan oleh bapa mangsa. Beliau bersedih melihat En. Stuart bersedih selain daripada mereka berdua sudah membina hubungan baik selama dua minggu pencarian dijalankan. Menurut Kolonel, "Saya tidak dapat menjelaskan rasa pedih yang dialami oleh En. Stuart, namun saya juga begitu jika saya mengalaminya sendiri. Saya berasa malu dengan kejadian ini. Saya ingin menemui Johanne hidup-hidup. Saya lebih malu lagi apabila kejadian ini berlaku di dalam kawasan wat."
Sumber: The Herald, 16 Januari 1996 (online)