Kerajaan Sukhothai, 1238 M - 14 M

Selepas kejatuhan Empayar Angkor dan Kerajaan Pagan pada awal abad ke-13 masihi, banyak negeri dan rantau orang Tai yang telah wujud di timur laut India moden hingga ke utara Laos dan Semenanjung Tanah Melayu moden berkembang di rantau mereka sendiri.

Pada abad ke-13 masihi, orang Tai didakwa telah berdiam di tanah Dvaravati dan Kerajaan Lavo hingga ke Nakhon Si Thammarat di selatan. Walau bagaimanapun, tiada sebarang rekod lengkap yang mencatitkan ketibaan orang Tai.

Sekitar tahun 1240, Pho Khun Bang Klang Hao, pemerintah Tai tempatan, bersama dengan pengikutnya memberontak terhadap Kerajaan Chenla. Beliau bangkit melantik diri sendiri menjadi raja pertama bagi Kerajaan Sukhothai pada tahun 1238. Kerajaan ini dikira oleh sejarawan sebagai kerajaan pertama bagi orang Thai moden.

Kerajaan Sukhothai berkembang lanjut semasa pemerintahan Raja Ramakhamhaeng (1279 - 1298). Walau bagaimanapun, kerajaan ini diasaskan melalui satu jaringan panglima serta pembesar tempatan yang bersetia menjadi sekutu serta taat setia kepada Kerajaan Sukhothai. Mereka tidak dikawal terus oleh Kerajaan Sukhothai. Secara umumnya, Raja Ramakhamhaeng dipercayai mencipta tulisah Thai dan seramik Thai. Bahan seramik Thai ini menjadi eksport penting negara baginda. Selain itu, penduduk Sukhothai menganuti ajaran Buddha aliran Theravada semasa pemerintahan Raja Maha Thammaracha I (1347 - 1368).