Walau bagaimanapun, di Thailand dalam menuju ke arah kemakmuran ekonomi sejak 15 tahun yang lalu telah menjadi masyarakat yang tamak dan haloba. Godaan seks dan kebendaan tidak dapat dielakkan lagi turut menembusi halaman biara-biara Buddha. Penjualan tangkal untuk menghalau roh jahat bertukar menjadi perniagaan berkeuntungan jutaan ringgit kepada sesetengah bhiksu yang menaiki limosin yang dilengkapi dengan pemandu.
Penjahat dan samseng mengangkat sumpah bhiksu hanya semata-mata untuk melarikan diri dari polis selama beberapa bulan. Heroin yang memasuki Thailand melalui Segitiga Emas, ketagihan dadah turut merebak di dalam biara dan kes pertama Aids di negara tersebut juga dilaporkan adalah seorang bhiksu. Pihak polis mengesyaki bahawa pembunuh Joanne itu menjadi seorang bhiksu disebabkan cubaan untuk menyembuhkan ketagihannya terhadap dadah jenis amphetamine itu gagal. Suaphoo menggunakan wang sebanyak 500 bhat yang dicurinya dari Joanne untuk membeli dadah.
Tindakan mengkritik bhiksu di Thailand dipercayai akan menimbulkan karma buruk bagi mereka yang melakukannya. Namun, hal ini berubah apabila kes skandal seks berkenaan dengan Phra Yantra Amaro Bhikkhu terdedah kepada umum pada tahun 2010. Bhiksu ini dikatakan berpengaruh besar dan mempunyai seramai 150,000 orang pengikut yang terdiri daripada menteri kabinet, kerabat diraja dan seorang ahli parlimen yang bersumpah bahawa beliau pernah minum air kencing bhiksu ini dan sembuh dari penyakit. Walau bagaimanapun, Phra Yantra yang sepatutnya bersemadhi di hutan di New Zealand didapati curi-curi keluar ke rumah urut di Auckland. Tukang urut di situ menggelarnya sebagai 'Batman' disebabkan keengganannya menanggalkan pakaian bhiksu semasa berhubungan jenis. Dia juga menyebabkan seorang pengikutnya hamil dan bercumbuan dengan seorang rahib wanita di dek kapal yang sejuk semasa dalam perjalanan ke Finland. Selepas Phra Yantra dilucutkan dari pakaian bhiksu dan dimalukan pada April 2011 oleh Bhiksu Agung maka satu demi satu skandal yang mencalarkan kesucian ajaran Buddha di kerajaan Thailand terdedah.
- Seorang bhiksu di sebuah biara di utara telah dituduh merogol enam orang gadis puak bukit berusia antara 12 sehingga 16 tahun.
- Insiden seorang bhiksu ditahan kerana "memanggang" janin bagi menghasilkan minyak pengasih.
- Seorang bhiksu disabitkan kesalahan merogol seorang gadis berusia 14 tahun. Kali pertama gadis itu dirogol, kejadian telah dirakamkan oleh bhiksu itu sendiri. Gadis tersebut menangis dan bhiksu tersebut mengugut untuk mendedahkan rakaman kejadian tersebut sekiranya gadis itu enggan melayaninya lagi.
- Seramai enam orang bhiksu dituduh membunuh seorang bhiksu di biara mereka.