Sumber projek ini sebenarnya adalah hasil perbincangan aku dengan
rakan
sekelas aku semasa ijazah pertama dulu. Keluarga beliau
berasal dari kawasan Changloon dan Jitra. Aku pula pernah tinggal di
kawasan Arau dan sering juga masuk keluar Thailand semasa zaman aku
remaja. Disebabkan rakan aku tidak reti menulis tulisan bahasa Siam
dan hanya reti bunyi sahaja. Maka, aku cuma mengambil peranan untuk mencatat
dalam tulisan bahasa Siam supaya rujukan boleh dibuat dengan lebih lanjut.
Semasa kami berijazah
pertama untuk kursus major Terjemahan dan Interpretasi dulu, kami pernah
bekerjasama untuk satu projek interpretasi bagi jurubahasa. Syaratnya kami tak boleh menggunakan
bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kerana itu adalah major kami. Jadi,
ramailah orang yang memilih bahasa hebat-hebat seperti bahasa Sweden,
bahasa Perancis dan sebagainya walaupun sebenarnya mereka tak reti pun bertutur dalam bahasa tersebut. Aku dan rakan sekelas aku, En Amir cuma
mengambil bahasa Siam yang tidak dipandang langsung oleh sesiapa pun sebab aku cuma reti
berbahasa Siam sahaja. Itu pun aku bertutur dalam loghat Selatan dari daerah sempadan sebelah Kedah sahaja.
Projek ini macam bentuk role-play atau lakonan. Kumpulan lain semua membuat persembahan yang hebat lengkap dengan audio-visual dan sebagainya. Namun, kumpulan aku yang cuma diwakili oleh tiga orang itu hanya membuat persembahan spontan sahaja. Sebelum itu, aku telah berkonflik dengan pensyarah kursus interpretasi jadi aku malas hendak memberikan komitmen lebih-lebih lagi dengan pensyarah yang berlagak itu. Kami memainkan peranan seorang pesakit, seorang bomoh Siam dan seorang penterjemah. Aku memainkan watak seorang bomoh Siam, rakan aku dari Jitra menjadi penterjemah dan seorang lagi rakan sekelas kami dari Kuala Perlis menjadi pesakit.

Penghujungnya, aku mendapati bahawa projek tersebut tiba-tiba menghiburkan rakan-rakan sekelas pula. Sejak itu, aku mendapat idea untuk menggunakan bahasa Siam sebagai bahasa perantara aku dalam kehidupan seharian berbanding dengan bahasa Melayu.